in

Gambar Peserta Program Tiada Lama Tiada Baru Satu-Satunya

Semalam, Budiey mendapat jemputan untuk menghadiri satu sidang media yang akan mengumumkan tentang penyanyi Francisca Peter yang akan mengadakan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francisca Peter di Istana Budaya. Wow, ini berita baik kepada peminat penyanyi 80an ini yang sudah lama tidak menonton persembahan istimewa dari Francisca Peter. Budiey dengar, konsert ini adalah antara konsert mega yang pernah dijayakan oleh penyanyi Kerna Terpaksa ini.

Konsert yang julung-julung kali di adakan ini pasti menjadi detik kemuncak penantian bagi para peminat Fran yang sekian lama menunggu untuk melihat persembahan beliau di pentas berprestij ini. Dengan pengalaman selama 33 tahun di bidang seni, Fran akan memberikan persembahan terbaik bagi 33 buah lagu-lagu hit sepanjang perjalanan beliau sebagai artis, dengan iringan 33 pemain orkestra pimpinan director muzik yang tidak asing lagi, iaitu En Ramli MS.

Minggu ini Budiey agak sibuk sedikit dengan persiapan akhir untuk Party Ulangtahun Budiey.com ke-4 yang akan diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara pada 8 Januari Sabtu ini. Alhamdulilah, ramai sekali syarikat dan individu yang tampil untuk menaja parti ini termasuklah beberapa orang selebriti ternama iaitu Heliza Helmi, Ning Baizura, Isma AF7, Sofazr, Afdlin Shauki dan ramai lagi. Terbaru, Isma AF7 telah sudi menaja kek ulangtahun, Ning Baizura pula akan menaja sebuah iPod Nano 8GB. Manakala Afdlin Shauki pula akan menaja goodie bag yang berisi T-shirt Eksklusif Afdlin Shauki.

Oh ya, Heliza Helmi pula telah sudi menaja sebuah telefon bimbit Blackberry untuk hadiah grand prize cabutan bertuah pembaca:

Blackberry-Curve-8520

Terima kasih banyak-banyak buat Heliza Helmi Productions.

Budiey juga nak ucap terima kasih yang tak terhingga kepada penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura atas kesudiannya ingin hadir memeriahkan majlis serta menghadiahkan iPod Nano 8GB kepada pembaca bertuah nanti. Thanks Ning Baizura!

Ipod-Ning

Budiey pasti party budiey,com kali ini lebih meriah dengan kehadiran ramai selebriti. Budiey percaya ramai yang tak sabar nak berparti sambil menonton filem seram Khurafat, kan?

Untuk pengetahuan pembaca, blog ini mulai dapat dilayari di alam siber pada 7 Januari 2007. Bermakna, esok adalah hari jadi blog budiey.com. Kepada yang ingin memberikan ucapan, sila kan melayari Fanpage di Facebook dengan menaip carian: Budiey.com Sensasi Selebriti. Terima kasih atas sokongan semua.

Okay berbalik kita kepada tajuk entri kali ini… Nah! Ini dia wajah-wajah peserta Program Tiada Lama Tiada Baru Satu-Satunya yang Budiey temui semasa majlis pelancaran baru-baru ini. Yang penting, semua dari mereka ni, ada bakat dan boleh diketengahkan. Siapa yang akan jadi juara agaknya?

Ada sesetengah mereka mirip dengan penyanyi terkenal. Korang mungkin boleh meneka wajah mereka mirip dengan artis mana.

Rancangan realiti ini yang dihoskan oleh Azwan Ali dan Didie Alias ni akan ditayangkan di TV1 mulai 14 Januari ini. Nak tahu lebih lanjut boleh tonton promo di RTM.

Pelancaran Satu-Satunya

Ekin ke tu?

Pelancaran Satu-Satunya

Yang ni mirip Mila ke Heliza Helmi ni?

Pelancaran Satu-Satunya

Wow Legenda Rock pun ada. Amy Search!

Pelancaran Satu-Satunya

Tak mirip dengan mana-mana artis bermakna peserta ni bukan dari kategori Muka Iras Artis

Pelancaran Satu-Satunya

Seperti pernah ku lihat wajah mu ini tapi di mana ya?

Pelancaran Satu-Satunya

Eh, ni Mawi kan? Aik, gemuknya Mawi sekarang!

Pelancaran Satu-Satunya

Yang ni pula, beberapa peserta yang akan bertanding dalam kategori nyanyian

Pelancaran Satu-Satunya

Pelancaran Satu-Satunya

Pelancaran Satu-Satunya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz AF7 Kemalangan Menjelang AJL25

Peraduan Menangi 20 Keping Tiket Anugerah Juara Lagu 25