in

Gambar Peserta Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008

MOHD AZWAN DAN SABIHAH UNGGULI PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KLASIK NASIONAL 2008

Usaha pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 (BKN) ternyata menyumbang sesuatu dalam memastikan khazanah lagu-lagu klasik terus dihargai dan tersemat utuh di hati sanubari masyarakat Malaysia terutama melibatkan golongan remaja yang sepatutnya menggalas tanggungjawab memelihara lagu-lagu sebegini supaya tidak luput ditelan zaman. 

Buktinya menerusi BKN yang berlangsung malam 10 Ogos 2008 lalu menyaksikan keunggulan dua peserta remaja yang sememangnya berbakat dinobatkan juara Kategori Lelaki, Mohd Azwan Shahdi Mohd Jalaludin manakala Kategori Wanita pula berpihak kepada Sabihah Abdul Wahid yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta hadiah dan baucer bernilai RM15,000.

2760889163 5De0Fdced6 | 4

Mohd Azwan Shahdi Mohd Jalaludin tampil dengan persembahan mantap mendendangkan lagu Asmara Dewi sementara Sabihah Abdul Wahid pula bertuah kerana pilihan lagu Senyuman Tak Berbalas dendangan asal Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma berjaya menambat hati juri sekaligus menghampakan harapan peserta lain bergelar juara.

Siaran langsung yang disiarkan di kaca televisyen melalui saluran RTM1 dan juga ke udara menerusi stesen radio rasminya, Klasik Nasional ini turut menyaksikan Naib Juara kedua-dua ketegori menjadi milik Mohd Alif Kadim dan Nurlida Abd. Rahman yang memenangi RM5,000, hadiah juga baucer bernilai RM7,000. Sementara tempat ketiga pula milik Mohd Safar Shah Alaudin dan peserta termuda, Iffah Izzati Baharudin turut memenangi RM3,000, hadiah selain vaucer bernilai RM5,000.   

Selain itu, BKN kali ini mengetengahkan 12 finalis yang layak mara ke pentas akhir menerusi Kategori Lelaki iaitu Saiful Bahri Jamil, Mohd Faizal Rahim Amirshah Yahya. Manakala Kategori Wanita pula menyaksikan penyertaan Nik Nurul Hidayah Nik Mat, Masitah Mohd Airani dan Rafidah Asgali.

Sebelum finalis berentap untuk gelaran juara, sebagai pembuka tirai, penonton disajikan dengan persembahan tarian dari kumpulan Penari Tandak Dance Club yang mengetengahkan konsep “retro” ala barat, seperti tarian ‘twist’ dan ‘swing’ ternyata mampu memberikan satu kelainan kepada BKN tahun ini.

Majlis turut diserikan persembahan mantap artis jemputan seperti penyanyi kecil molek Siti Sarah, Muhaizam (Juara Kategori Lelaki Bintang Klasik Nasional 2007),  Hans (dan Bintang RTM) yang terlibat dengan persembahan pembukaan. Sedondon dengan tema ‘Klasik’ pada malam itu, persembahan pembukaan ketiga-tiga artis ini diiringi muzik dari  orkestra RTM dengan mendendangan lagu-lagu hits zaman 60’an dan 50’an.

Pertandingan kali ini dimeriahkan lagi dengan kolaburasi dua pengacara Dia Fadilla yang bergandingan dengan DJ Klasik Nasional, Sofia yang dilihat cukup serasi dan tidak kekok di pentas. Pastinya kemunculan DJ Sofia pilihan terbaik dalam usaha memperkenalkan DJ stesen radio RTM ini yang selama ini hanya kedengaran dicorong radio sahaja.

Tidak lupa juga segmen yang bertemakan Sama Tapi Tak Serupa yang mencuit hati penonton dan pendengar kerana artis jemputannya hampir sama dengan penyanyi asal kepada lagu yang bakal mereka bawa…tetapi tidak serupa! Dimulakan dengan kemunculan bersahaja Musly Ramli. Musly Ramli yang tidak asing lagi dalam dunia teater tanah air juga seorang “impressionist” bintang lagenda, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Malah pernah muncul memegang watak sebagai seniman agung itu dalam pertunjukkan teater P. Ramlee The Musical di Istana Budaya tidak lama dahulu.

2760891425 682Af1C852 | 5

2760894671 C391F2B34B | 6

2760893899 9B4Ab0A3Cd | 7

Sama Tapi Tak Serupa juga menarik tumpuan penonton buat pertama kalinya menyaksikan penampilan Abdul Razak (impressionist Loga Alleycats) atau Raz Alleycats dengan persembahan dua lagu popular Alleycats, Nota Terakhir dan Jika Kau Bercinta Lagi. Sementara Kenny Lee (impressionist Sudirman Hj Arshad) menghiburkan penonton dengan lagu hit Dikaulah Kekasih oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
 
Paling menarik tumpuan pastinya detik sebelum pengumuman pemenang kerana penonton buat julung-julung kalinya berpeluang menyaksikan persembahan penghargaan kepada penyanyi era 60’an dan 70’an, R. Ismail duet bersama penyanyi kecil molek Anis Salwa (Juara Kategori Wanita Bintang Klasik Nasional 2007) yang mendapat tepukan meriah penonton.

2760892481 A215B6621C | 8

2761738392 F6D9D3E767 | 9

2760890799 41B07E215A | 10

2760890063 8Fbf81D8C6 | 11

2761736034 7069F2D787 | 12

Pertandingan malam itu dinilai senarai juri yang sememangnya dikenali dalam industri iaitu melibatkan Syafinaz Selamat, Azmeer, Aishah, Dato’ Ibrahim Bachek, Dato’ Dr. Ahmad Nawab dan Dato’ Mokhzani Ismail. Hadiah turut disampaikan oleh Dato’ Johari Salleh kepada semua pemenang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KONSERT DI-RAJA PERLIS di DEWAN 2020 PERLIS

Gambar Anak Noorkumalasari