in ,

Gambar Pasangan Romantis di ABP 2006

Saya sempat mengambil beberapa keping foto pasangan artis yang digandingkan pada malam Anugerah Bintang Popular 2006 yang sudah seminggu berlalu.

Saya namakan pasangan ini pasangan millenium. Lihatlah sendiri dengan pakaian mereka yang begitu berkilauan. Siapakah agaknya pereka fesyennya? Memang mengancam habis. Agak-agak siapakah agaknya yang berganding dengan Jehan Miskin ni ya? Cun jugak. Jehan pernah berlakon dalam Qaisy & Laila yang dipilih mewakili negara ke Festival Filem Asia Pasifik 50 (FFAP50) dan Festival Filem India.

Lawanya…

Wah! Romantisnya pelakon Rita Rudaini & Zed Zaidi. Tetapi jangan salah sangka, diorang tidak pernah digosipkan sebelum ini. Zed Zaidi dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular. Ternyata pengaruh dan populariti Rosyam Nor sukar digugat oleh mana-mana pelakon drama TV. Fahrin Ahmad yang sedang hangat berkawan dengan Linda Onn pun tidak dapat memecah benteng kemahsyuran Rosyam Nor. Tahniah bro. Rosyam! Wa caya sama lu la, bro!

Reza, penyampai radio Era dengan seorang penyanyi. Siapakah penyanyi ini, saya tak pasti. Maaf tak sempat nak tanya lak.

Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar cukup tampan dengan imej western bertopi separa koboi. Sekali-sekala tampil dengan gaya klasik begini, Que boleh dicalonkan dalam The Most Gorgeous Person in Malaysia.

Que Haidar baru sahaja menghabiskan pengambaran filem Malaikat Maut terbitan Tayangan Unggul.

Ada 4 filem lakonan Que yang masih belum ditayangkan. Selepas ini, beliau katanya akan membawa watak yang mencabar… apa watak mencabar itu, anda kena tunggu…

Ako Mustapha bersama siapa? Zila Bakarin?

Kevin Zahri tampil seringkas seminimum yang mungkin. Mana tuxedo awak?

Sheila Rusly yang berjaya merangkul Artis Komedi Wanita Popular 4 tahun berturut-turut. Syabas kak Sheila! Di sebelahnya adalah suaminya, Jinggo.

Baru-baru ini, mereka berdua berganding bahu menghasilkan sebuah drama Satu Itjihad, terbitan JS Kreatif yang menjadi milik mereka berdua. Drama tersebut juga dilakonkan oleh pelakon kegemaran saya, Sofia Jane.

Raja Rock Malaysia, Amy Search bersama isterinya.

Gaun tona merah menyala yang dikenakan oleh Nabila Huda Suhaimi (anak Amy Search) tidak berapa sesuai dengan warna rambutnya yang perang. Apa kata anda?

 Nabila lagi. Kawan dia tu sape ek? Macam familiar je…

Farid Kamil, pelakon filem Remp-it yang tinggi lampai ini akan berganding dengan Rosyam Nor dan Umie Aida dalam filem Di Kala Bulan Mengambang. Sebuah filem arahan saudara Mamat Khalid. Memang filem ini saya nantikan juga selain filem Sumolah dan Mukhsin.

Untuk foto yang lebih BESAR dan PUAS HATI, sila layari: http://budifoto.blogspot.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Belakang Tabir Pembikinan Filem MALAIKAT MAUT – Part 1

Sekitar Belakang Tabir Pembikinan Filem Malaikat Maut – Part 2