in

Gambar One Buck Short @ Konsert KL Indie Fest 2008

Nampak gayanya, pengaruh muzik indie sekarang ini semakin melebarkan sayap. Apabila muzik indie diterima ramai, Budiey rasa ini satu petanda revolusi muzik di Malaysia akan berubah corak. Mungkin peminat muzik sudah bosan dengan gaya muzik mainstream yang sangat dibatasi syarikat rakaman. Dan kita boleh nampak sekarang ini, muzik indie lebih outstanding dan menerima sokongan daripada orang ramai dan syarikat besar.

Pada 5 Julai lalu, Budiey ke Menara Kuala Lumpur untuk melihat persembahan 21 band indie di KL Indie Fest 2008 anjuran AMT Event Consultant dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur. Terkejut juga saya apabila mendapat tahu Menara KL begitu menyokong band indie tempatan. Syabas la ya.

Konsert ini bermula seawal jam 2 petang lagi dan berakhir jam 12 tengah malam.

Bukan mudah sebenarnya untuk mengumpulkan 21 band indie dan segalanya telah direalisasikan untuk membantu mendekatkan remaja untuk mengenali Menara KL dan sekaligus dapat membantu band muzik tempatan untuk buat show di tempat berprestij seperti di Menara Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Independence Music Festival (KL Indie Fest 2008) diadakan untuk meningkatkan industri muzik tempatan dan menaikkan nama band indie berkongsi pentas dengan bersama kumpulan-kumpulan muzik yang telah dikenali di Malaysia.

Budiey sempat mengunjungi di beberapa bootih yang menjual hasil karya mereka seperti demo tape, aksesori hasil tangan, pakaian, lukisan dan bahan kreatif yang lain seperti CD, T-shirt, sticker dan macam-macam ada.

Seramai lebih 4,000 orang telah membanjiri laman Menara KLuntuk berhibur bersama band seperti TWKUA, Sids, Julies Love, Stonesgarden, Pinhead, Skudap Skudip, Sinopsis, Dead Mushroon, One Buck Short, Butterfingers, The Times, OAG, Meet Uncle Hussein, The Pilgrims, The Official, Republic of Brickfields, Aggrobeats, ACAB, Roots N Boots dan Bittersweet. Lagi sekali, band Hujan tidak tersenarai. Kesian sungguh. Dipinggirkan ke?

One Buck Short

Selama 3 hari diadakan iaitu dari 3 Julai hingga 5 Julai 2008, KL Indie Fest kali pertama diadakan ini membuka ruang untuk band memperkenalkan bakat dan kebolehan mereka mungkin kepada pelancong luar dan tempatan bahawa Malaysia juga mempunyai band indie yang berbakat besar.

Sejumlah dana hasil dari kutipan tiket akan disalurkan ke Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah Bangi Selangor.

Sekali sekala melayan muzik indie ni memang best!

[tags]menara kl, kuala lumpur, kl indie fest, 2008, TWKUA, Sids, Julies Love, Stonesgarden, Pinhead, Skudap Skudip, Sinopsis, Dead Mushroon, One Buck Short, Butterfingers, The Times, CD, T-shirt, sticker, hasil, tangan, pakaian, lukisan dan bahan kreatif, OAG, Meet Uncle Hussein, The Pilgrims, The Official, Republic of Brickfields, Aggrobeats, ACAB, Roots N Boots, Bittersweet[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

KARNIVAL HOTLINK BERSAMA GANG STARZ

Kekasih Elyana Hadiah IPhone di Hari Jadi ke-21?