in

Gambar Omar Sharif & Ning Baizura Selamat Bertunang

Bertempat di rumah bapa Ning Baizura, jam 9.30 malam semalam (19 Julai 2007). pelakon filem Diva dan penyanyi popular, Ning Baizura & tunangnya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton selamat ditunangkan. Diadakan dalam majlis adat tradisi Melayu, ianya disaksikan ibubapa Ning Sheikh Hamzah Sheikh Mohd dan Satilah Abdullah. Dihadiri oleh sebilangan pemgamal media dan kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada ahli-ahli keluarga, sanak-saudara serta kenalan rapat pasangan kekasih itu, majlis sederhana itu berlangsung dengan lancar dalam suasana meriah.

Ketua rombongan pihak lelaki, Datin Farida Hashim (ibu angkat Omar) menyarungkan cincin pertunangan di jari Ning menyempurnakan majlis menandakan Ning kini menjadi tunangan orang. Pihak lelaki yang diwakili oleh Datuk Ramli Shamsuddin menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan termasuk sebentuk cincin. Barang hantaran daripada Ning adalah sirih junjung, sejadah dan Al-Quran, kain sepersalinan dan songket Atikah, bola golf dan paatchi chocolate manakala antara barangan hantaran oleh pihak lelaki ialah Hantaran dari pihak perempuan ke pihak lelaki ialah Sirih Junjung, Al-Quran dan Sejadah, Kain Sepersalinan dan Songket Atikah, Kek Coffee Fondant Icing Semolina, Titleist Golf Balls, Gentleman’s Tie, Cuff Links, Cigar Case dan Hiasan Miniature Golf dari Raoul dan Bunga Rampai.

Kepada Ning Baizura dan tunangnya, Omar Sharif, kami penulis dan para pembaca Sensasi Selebriti mengucapkan tahniah dan semoga kebahagiaan kalian berdua kekal ke akhir hayat.

[tags]Ning Baizura, gambar Ning bertunang, foto majlis tunang ning, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, filem Diva, penyanyi popular, Ning Baizura bertunang, foto Ning Baizura dan tunang, gambar tunang Ning Baizura, foto Omar Sharif, cinta pertama, kontroversi Ning, eksklusif, Kartika, majlis pertunangan Ning, Ning Baizura kahwin, Shah Alam, Sirih Junjung, Al-Quran, Sejadah, Kain Sepersalinan, tongket Atikah, Kek Coffee Fondant Icing Semolina, Titleist Golf Balls, Gentleman’s Tie, Cuff Links, Cigar Case, Hiasan Miniature Golf dari Raoul, Bunga Rampai, artis berkahwin, ning berkahwin, Bali, percutian, holiday treats, Nora Danish Suami, Novi Aulia, Nur Arina-tentang Bulan, Nurul Af2, Raja Endon Mastura, honeymoon tips[/tags]

Ning Bertunang

Tunang Ning Gambar
kredit foto: The Star oleh Norafifi Ehsan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Novel Terbaru Harry Porter & The Deathly Hollows Tersebar di Internet

Gambar Foto Majlis Ning Baizura Bertunang