in

Gambar Nur Fazura di Majlis Prebiu PISAU CUKUR

Jam 12 tengah malam, Budiey baru sahaja pulang dari menonton filem PISAU CUKUR di Majlis Prebiu Filem PISAU CUKUR yang diadakan di Cathay Cineplex Cineleisure, Mutiara Damansara.

Ramai betul pelakon handalan yang ada dalam filem arahan Bernard Chauly ini hadir untuk memeriahkan majlis termasuklah Maya Karin, Aaron Aziz, Khatijah Tan, Umie Aida, Sharifah Sofia, Liyana Jasmay dan Nas-T.. And of course, pelakon yang melakon watak gadis gedik dan keletah tapi bijak bernama INTAN pun turut hadir. Berbaloi pihak produksi setia menunggu Nur Fazura yang pada masa itu sedang sibuk dengan drama Exora semata-mata kesesuaian watak INTAN ini untuk Nur Fazura.

Filem ini takkan berjaya sekiranya tidak didokong oleh pelakon cemerlang, tersohor, ada nama dan berkarakter. Korang jangan terkejut kalau pelakon cameo pun semuanya terkenal dan punya nama. Walaupun tampil dua tiga saat, tapi setiap lakonan mereka akan diingati penonton. Itulah impaknya.

Budiey difahamkan, PISAU CUKUR adalah cubaan pertama Bernard Chauly dalam mengarah filem komedi. Ternyata, ianya sukses~!

Sepanjang menonton filem terbitan Red Films dan Grand Brilliance ini, Budiey gelak sakan menonton aksi lincah Nur Fazura membawa watak INTAN yang menjadi perantara TV ini membantu rakan karibnya, BELLA untuk mendapatkan bakal suami jutawan. Gandingan hebat lagi mantap ini sure takkan menjadi sekiranya tidak didokong oleh Aaron Aziz yang melakonkan watak detektif persendirian serta Maya Karin yang semua orang tahu, dia memang boleh watak wanita cantik yang seksi dan menggoda.

PISAU CUKUR akan belayar ke pawagam mulai 5 November 2009 ini~!

Mampukan filem PISAU CUKUR mencipta sejarah sebagaimana filem arahan pertama Bernard Chauly, Gol & Gincu yang meraih Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 2006?

4011863802 Ac98A304D8 O | 4

4011097253 971Fea773E O | 5

Semestinya, Budiey percaya, ramai pembaca akan tertarik hati untuk melangkah ke pawagam dan akan enjoy menonton filem GOLD DIGGERS ini. Untuk peminat Nur Fazura, korang jangan bandingkan lakonan gadis kelahiran Pekan, Pahang ini dengan filem GOL & GINCU sebab bahasa badan yang digunakan NUR FAZURA untuk filem ini memang OVERDOSE~!

Okaylah, terus terang dan seikhlas-ikhlasnya, Budiey kasi 4 bintang dari 5 bintang untuk filem ini. Korang patut tonton sebab ini adalah kisah realiti masyarakat kat mana-mana di dunia ini yang cinta pada duniawi. Hatta budak-budak sekolah pun tahu, nanti besar nanti ada cita-cita nak kawin dengan jerung besar yang kaya raya yang boleh kasi kemewahan. Tapi bagi Budiey, wang dan kemewahan tak menjanjikan kemewahan. Dunia ini hanya pinjam-pinjaman dan bersifat sementara aje. Itu je korang perlu pegang.

Mula-mula, Budiey nak letak gambar pelakon yang manis bermata galak ini di sini. Oh ya, ramai gak tadi pelakon lain yang datang termasuklah Nora Danish dan Nabila. Insyaallah, Budiey akan letak kat sini.

4011864064 4Aace1C667 | 6

4011097011 D5E74Dd924 | 7

4011920510 49347Dba19 O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Gala dan Sidang Media Filem PISAU CUKUR

Pemenang Anugerah Utama Shout! Awards Bunkface Ke Perth Australia