in

Gambar Norish Karman Nafi Bercerai & Kerja GRO

Ketika sidang media Teater Bukan Dejavu yang diadakan di Istana Budaya pada 12 Jun lalu, Norish Karman dikerumuni oleh semua media untuk mendapatkan komen tentang statusnya sekarang yang dikatakan telah pun bercerai. Walaubagaimana pun, Norish Karman tidak memberikan sebarang ulasan lanjut malah menafikan kenyataan dari media.

Norish Jadi GRO?

Bagi Norish Karman atau lebih dikenali sebagai NK, dia membawakan watak Nora, seorang ibu yang bekerja sebagai GRO dalam teater Bukan Dejavu bagi menyara hidup keluarga dan membesarkan anaknya hingga melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Pada mulanya saya ditawarkan karakter Ustazah Salmi yang kini dimainkan Safura. Barangkali pengarah hendak menjaga reputasi dan status yang saya pegang selama ini. Saya menolak dengan baik watak tersebut. Sekarang ini saya tak kisah hendak pegang apa jua karakter. Tiada lagi NK yang sentiasa cantik, bergaya ala-ala Datin dan mengawal kelakuan tiap masa. Saya cukup teruja dengan watak Nora dalam teater ini, malah sudah lama saya mengidamkan peranan sebegini.”

Beritahu NK, watak wanita yang bekerja keras demi menyara anak, tetapi akhirnya dicerca darah daging sendiri kerana mencari rezeki dengan cara kurang baik memang benar-benar terjadi.

“Cerita ini bukan ilusi atau fantasi, sebaliknya ia macam kisah benar. Saya anggap Bukan Dejavu memperlihat sikap peka umum terhadap permasalahan ini. Watak Nora ada kepentingan tersendiri, tidak kira seorang ibu itu bekerja sebagai pelacur atau pun tukang sapu sampah, nilai dan darjat seorang ibu tetap di tangga teratas. Itulah yang cuba disampaikan buat penonton. Saya berani katakan Bukan Dejavu sarat dengan mesej yang bermanfaat, namun pada masa sama tetap beri hiburan kepada penonton.”

2594186661 Bf9E5D4Ee4 | 4

2595024458 C76Df529E9 | 5

2594187817 871Cb42A7B | 6

2595022840 05Faeaeb3A O | 7

2594186029 4959713641 O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KUNGFU PANDA THE BIGGEST LIFETIME ANIMATION IN MALAYSIA

Gang Starz Hot Stories