in

Gambar Nikah Wedding Resepsi Tini Hot FM & Sol

Budiey nak ucapkan selamat pengantin baru buat Kartini Kamalul Ariffin (Tini), penyampai Hot FM dan pasangannya, Sol. Semoga kalian bahagia dan sejahtera berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Mereka dinikahkan pada jam 10.40 pagi oleh bapa Tini sendiri, Datuk Kamalul Ariffin dengan dua kali lafaz. Majlis resepsi telah diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis bersejarah pasangan mempelai itu telah dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Tini menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM10,000 serta 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki termasuklah sebentuk cincin, sejadah, telekung, jam tangan dan pewangi. Pihak pengantin perempuan pula membalas sebanyak 13 dulang hantaran antaranya senaskhah Al-Quran, kasut, kek, pewangi, coklat dan kemeja.

Hanya lafaz syukur yang mampu diucapkan oleh Tini saat dirinya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya itu. Berkali-kali juga Tini akui tidak dapat menahan perasaan gementar sebelum acara ijabkabul dijalankan pagi itu.

Konsep tradisional menjadi pilihan Tini dan Sol untuk resesi yang dihadiri sekitar 1,000 tetamu itu. Mereka yang menggayakan busana rekaan Lubis House untuk kedua-dua acara tersebut telah mengenengahkan tema warna merah hati dan krim pada resepsi tersebut.

Faizal Ismail dan Rafidah Abdullah bertindak selaku pengacara pada resepsi tersebut selain dihiburkan oleh persembahan termasuklah oleh Dina Malaysian Idol.

Rakan-rakan penyampai radio Hot FM seperti Leya, Anne dan Kieran serta ‘orang kuat’ stesen tersebut, Seelan Paul turut hadir memeriahkan majlis bersejarah pasangan ini.

Tini dan Sol akan mengadakan sebuah lagi resepsi di sebelah pihak lelaki pada 28 Februari ini di Kota Tinggi, Johor.

Sama cantik sama padan

Semoga bahagia hingga akhir hayat

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Selamat pengantin baru kepada Tini & suami. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat & melimpah ruah rezeki hendaknye. Nak tanye ni Tini buat inai kat mane? cantiknye. Bulan depan saye nak kawin tgh cari kat mane nak buat inai ni. Tlg bgtaw k bye.

  2. nak jugak komen…nak jugak komen…Tini & Sulhi..Selamat Pengantin Baru dr Green Apple Team 🙂

    Semoga di murahkan rezeki & dapat anak2 yang comel2. Ha ah i admit, ramai client GA cakap Sol hensem…ehehe.. 🙂

  3. Tahniah buat Sulfi dan Tini, Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga.Pantun dari Tok Ngah

    Sulfi Jasmin nama diberi,
    Isteri yang cantik bernama Kartini
    Pernikahan kalian sudah pun dimetrai
    Semoga kasih sayang kalian kekal abadi

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Photos Celebrity @ Oscar Academy Awards

Trivia: Beg Pelakon Wanita Mana Ni?