in , ,

Gambar Nadiya Nisaa di Prebiu Drama Cinta Jangan Pergi

[dropcap]J[/dropcap]ika sebelum ini Nadiya Nisaa membawa watak utama dalam Adam & Hawa, kali ini untuk meneruskan sebuah lagi drama yang Budiey rasa akan jadi fenomena di TV9, Nadiya Nisaa bakal bawa watak pelakon pembantu dalam Drama Cinta Jangan Pergi.

Apa yang pasti, setakat ini Budiey dah tonton episod pertama dan kedua drama ini, watak Elina, kawan baik kepada Lea Soraya yang mempunyai karakter yang sempoi, agak kasar sikit dan dalam masa yang sama menyimpan perasaan cinta kepada Jaydee lakonan Bil Azali.

KLIK VIDEO: Temubual Budiey Bersama Nadiya Nisaa – Cinta Jangan Pergi 

Budiey tertarik dengan watak Elina ni sebab watak ni sangat-sangat-sangat lawak dan spontan giler. Budiey rasa, Nadiya tak kekok melakonkan watak seperti ini, seorang wanita yang menghuru-harakan dan buat kecoh dalam drama ini. Kiranya, ia adalah sebahagian sub-plot selain percintaan antara Lea Soraya dan Kalil. Penonton akan bergelak ketawa dan sekurang-kurang dapat tersenyum bila menonton watak Elina yang lincah dan kuat cemburu ni. Keserasian lakonan untuk watak Elina ini dapat dilihat semasa episod pertama di mana Elina ni menyimpan perasaan cinta kepada Jaydee dalam diam-diam.

Nadiya Nisaa kelihatan anggun dengan busana serba hitam dari Butik H&M.

Drama ini akan ditayangkan di TV9 mulai 6 April 2013 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 8.30 malam. Jangan lupa tonton ek?

Gambar Nadiya Nisaa di Prebiu Drama Cinta Jangan Pergi

Nadiya Nisaa

Nadiya Nisaa

Nadiya Nisaa

Nadiya Nisaa

Nadiya Nisaa

Nadiya Nisaa bersama Bil Azali yang membawa watak Jaydee, mereka berdua adalah kawan kepada Lea Soraya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Tiz Zaqyah di Prebiu Drama Cinta Jangan Pergi

Senarai Peserta Bintang Mencari Bintang TV3