in , ,

Gambar Mira Filzah Persis Bintang Bollywood Raih Likes di IG

Pelakon, Mira Filzah bukanlah seorang selebriti yang asing lagi kepada peminat drama tempatan, penangan lakonannya dalam drama berjudul Sweet Dreams menambahkan minat orang ramai terhadap dirinya sekali gus melonjakkan lagi namanya dalam dunia lakonan.

Biarpun begitu, seperti diketahui juga bahawa pelakon ini merupakan salah seorang usahawan wanita yang semakin mendapat perhatian. Walau bagaimanapun, menerusi Instagram ternyata perkongsian dia mengenai satu produk terbaru yang difahamkan bakal dilancarkan akhir bulan ini meraih tumpuan dan komen serta likes dari peminat dan pengikut.

Gambar Mira Filzah Persis Bintang Bollywood Raih Likes di IG
Perkongsian Mira Filzah jadi perhatian ramai

Biarpun begitu, apa yang membuatkan perkongsiannya itu menjadi perhatian juga apabila Mira Filzah berkongsikan beberapa keping foto kepada umum.

Mengenakan solekan dan busana bertemakan Bollywood menjadikan Mira Filzah mencuri tumpuan di Instagram miliknya sehingga tidak sampai satu jam perkongsian berkenaan dilakukan olehnya sudah menerima lebih 60,000 tanda suka.

Gambar Mira Filzah Persis Bintang Bollywood Raih Likes di IG
Gambar Mira Filzah Persis Bintang Bollywood Raih Likes di IG
Gambar Mira Filzah Persis Bintang Bollywood Raih Likes di IG

Mana tidaknya, dia yang juga diketahui meminati Bollywood membuatkan peminat tidak henti-henti memuji kecantikannya apabila mengenakan solekan ala-ala Bollywood.

Selain meraih ribuan tanda suka, perkongsian Mira Filzah itu turut menerima pelbagai reaksi daripada rakan selebriti yang juga memuji kecantikannnya yang semakin terserlah.

https://flic.kr/p/2jxM5ZX
Gambar Mira Filzah Persis Bintang Bollywood Raih Likes di IG
Gambar Mira Filzah Persis Bintang Bollywood Raih Likes di IG
Gambar Mira Filzah Persis Bintang Bollywood Raih Likes di IG
Gambar Mira Filzah Persis Bintang Bollywood Raih Likes di IG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Romantik Komedi Dalam Drama Cina MY LITTLE PRINCESS

MACP Nafi Lewat Agih Bayaran Royalti Sebab Isu Kecuaian