in ,

Gambar Mila Jirin di Malam Gala Nur Kasih The Movie

Gambar Mila Jirin di Malam Gala Nur Kasih The Movie

Semalam, telah berlangsung Malam Gala Filem Nur Kasih The Movie di Cineleisure, eCurve, Mutiara Damansara anjuran Grand Brilliance & FilmScape, dengan kerjasama Juita Viden. Budiey bersama dengan rakan media yang lain turut dijemput untuk merasai kehangatan filem yang dikatakan akan menerima sambutan luar biasa dari penonton.

Ini juga adalah kali pertama Budiey menonton filem ini. Sebelum ini, Budiey tak dapat hadir di Prebiu Media kerana ketika masih lagi berada di Brisbane, Australia untuk menonton Konsert Jelajah Katy Perry di sana.

VIDEO MILA JIRIN NYANYI BERTEMU CINTA DI MALAM GALA:

Antara selebriti yang turut hadir ialah Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Mila Jirin, Hafiz Hamidun dan ramai lagi.

Kepada pembaca, jangan lupa tonton filem ini mulai 19 Mei di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Mila Jirin turut tampil ke pentas untuk mendendangkan lagu tema filem ini, Bertemu Cinta yang dicipta oleh Hafiz Hamidun.

Mila kini sedang giat mempromosikan album terbaru beliau. Begitu gigih sekali Budiey lihat Mila untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang nyanyian. Tahniah buat Mila sebenarnya kerana beliau berjaya melakukan segala aktiviti promosi dengan tulang empat keratnya sendiri. Sebelum ini, Mila telah ke Kuantan Parade dan beberapa bandar lain untuk bertemu dengan peminat. Selain promosi album yang kini masih rancak, Mila juga akan terlibat dengan rangka promosi filem Nur Kasih. Terbaru, pada 15 Mei ini, Mila akan ke Queensbay, Penang untuk promosi Nur Kasih.

Mila Nur Kasih

Mila Nur Kasih

Mila Nur Kasih

Mila Nur Kasih

Mila Nur Kasih

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Karnival Pelancongan Belia 2011

Gambar Remy Ishak di Malam Gala Nur Kasih The Movie