Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Gambar Mentor Legend Peringkat Penentuan Akhir

Pemilihan protégé sebenar telah berakhir malam semalam menandakan bermulanya perjalanan protégé sebagai Juara Mentor Legend. Enam protégé, Fahmie, Tuah, Sarah, Azmil, Aina, dan Nadeera akan berjuang dalam Mentor Legend selama enam minggu bermula hari ini.

Pada malam penentuan protégé minggu kedua semalam, pembahagian kumpulan telah dilaksanakan dimana Kumpulan A adalah terdiri daripada Fahmie, Tuah, dan Sarah. Manakala Kumpulan B terdiri daripada Azmil, Aina, dan Nadeera. Konsert Mentor Legend akan datang (14 Disember 2014) merupakan konsert pertama Kumpulan A.

Pada malam penentuan kedua, satu kejutan tergempar di mana telah berlaku perlawanan semula antara peserta Amy Search. Perlawanan semula ini berlaku kerana persembahan Zelmi ketika Konsert Penentuan Protégé minggu pertama minggu lepas (30 November, 2014) adalah sedikit hambar, justeru Mentor Amy Search hendak membuat pemilihan semula.

Zelmi telah mebuktikan semula kebolehannya dengan mempersembahkan lagu medley ‘Lagu Untukmu dan Lagenda’. Namun, Mentor Amy Search telah memilih Sarah yang mempersembahkan lagu ‘Ada Kamu’ sebagai protégé pilihannya dan Zelmi telah ditawrkan untuk merakam sebuah single.

Mengekalkan format pemarkahan yang sama seperti musim-musim yang sebelumnya iaitu 30% dari undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS), 50% dari Juri Tetap, dan 20% dari Juri Awam, talian undian SMS telah dibuka bermula hari ini. Para pencinta Mentor Legend boleh mengundi Protégé Mentor Legend dengan menaip MENTOR1 untuk satu undian atau MENTOR5 untu lima undian diikuti dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50. Contohnya MENTOR1 FAHMIE dan hantar ke 33399.

Nama undian protégé Mentor Legend adalah seperti berikut:

Mentor Protege Nama Undian
Ajai Mohd Zulfahmi Bin Esmail FAHMIE
Mas Idayu Mohamad Farhan Zahi Bin Mohd Zaini TUAH
Amy Search Maishara Fazny Binti Mahadzir SARAH
Dayang Nurfaizah Azmil Bin Karim AZMIL
Ella Nurul Aina Binti Abdul Ghani AINA
Zainal Abidin Farah Nadeera Binti Zaini NADEERA

Program Mentor Legend yang mengandungi 13 episod ini diterajui oleh penerbit eksekutif Muhamad Sufian Isa dan dibantu oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit. Kali ini, Mentor Legend menampilkan Awal Ashaari sebagai pengacara program, Shiha Mentor sebagai pengacara Jurnal Mentor Legend. Selain itu, Zuan Azmi (Bikin Panas) bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas. Musim ini turut mempersembahkan Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik, Azmeer sebagai Penasihat Vokal, dan Sazlan Mat Adnan sebagai Penasihat Persembahan.

Ikuti konsert mingguan Mentor Legend yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam hingga 10.30 malam. Penonton juga boleh menyaksikan sorotan persediaan dan aktiviti protege bersama mentor mereka melalui Jurnal Mentor Legend, setiap hari Ahad selama 30 minit bermula jam 6.00 petang pada 30 November.

Untuk menonton siaran ulangan setiap program Mentor Legend, boleh didapati melalui portal video tonton.com.my (www.tonton.com.my). Program ini juga mendapat sokongan Hot FM selaku radio rasmi, dan peminat setia Mentor Legend boleh mendapatkan informasi Mentor Legend melalui frekuensi radio 97.6 di sekitar Lembah Klang.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version