in

Gambar Marsha Milan Londoh di Premiere Sayang You Can Dance

Baru je sekejap tadi, jam 8 malam telah berlangsung Tayangan Premiere Filem Sayang You Can Dance di Golden Screen Cinemas, Pavillion, Bukit Bintang. Boleh dikatakan semua pelakon yang membintangi filem ini hadir iaitu Samuel Rizal, Sharifah Amani, Dafi, Carmen Soo, Smyth Wong, Alam, Dominique Chiu dan beberapa orang pelakon pembantu. Ebi tidak nampak di pentas, mungkin ada kerja, jadi Ebi Kornelis tak dapat hadir.

3333418446 574C684Fc0 O | 4

Turut hadir ialah penyanyi lagu runut untuk filem ini iaitu Marsha Milan Londoh dan komposer tersohor, Ajai.

3332529547 C12Bb37644 | 5

Tampil berdua sedondon

Selepas ini, Marsha juga akan melebarkan sayapnya ke satu lagi cabang kerja. Dia bakal mengikuti jejak selebriti luar negara seperti Victoria Beckham, Jlo dan Paris Hilton yang mempunyai jenama produk mereka sendiri. Ingin mencari jaminan dalam kehidupan, Marsha kini sedang hebat merangka langkah untuk bergelar usahawan di bawah syarikat Marsha Londoh Entertainment yang ditubuh sejak pertengahan 2008.

“Saya sudah menamakan label seluar denim itu sebagai Marsha by Marsha Londoh. Ketika ini kami sudah menjual beberapa helai seluar itu melalui internet. Seluar itu dijual harga di bawah RM100 dan sesuai untuk golongan wanita dengan pelbagai bentuk potongan. Di Malaysia belum ada selebriti yang membabitkan diri dalam perniagaan seluar denim di bawah label sendiri. Saya mula terfikir untuk mengorak langkah dan idea ke arah itu.”

Marsha juga tampil sebagai pelakon yang membintangi filem Indonesia, SAUS KACANG yang akan menemui penonton Malaysia pada 19 Mac nanti. Watak seorang gadis bernama Mae dan bergandingan dengan pelakon besar seperti Ashraf Sinclair, Nadia Saphira, Christian Sugiono dan Bam Samsons. Filem Saus Kacang arahan Indrayanto Kurniawan sudah ditayangkan di Indonesia.

Selain filem Saus Kacang, Marsha juga ada berlakon dalam filem Misi 15:11. Marsha ada terima tawaran untuk filem terbaru Senario The Movie Episode 2: Beach Boys dan segalanya masih diuruskan oleh Maestro.

Pastinya ramai peminat Marsha yang tertunggu-tunggu filem SAUS KACANG ini.

3332530379 04Cf03E4Fe | 6

Sehati sejiwa kami hanya dalam lagu

3332531515 9F36B8Ed06 | 7

Cantik beg LV

3333371058 67E3377Ec1 | 8

Malatop!

3332536105 F350Dd3B11 | 9

Kelabu

3333374150 E613Fdba60 | 10

Sayang You Can Dance BEST!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jawapan Trivia: Liyana Jasmay Duta Baru Maybelline New York

Konsert KLFM Alive Bakal Gegarkan Dataran Remaja, Kompleks Negara Bukit Jalil