in

Gambar Mariah Carey Membeli-belah di Starhill Kuala Lumpur

Bintang antarabangsa, Mariah Carey dilihat membeli-belah di Starhill, Bukit Bintang malam tadi kira-kira jam 9 malam mengakibatkan pengunjung pusat beli-belah berprestij itu terkejut dengan kehadiran penyanyi itu. Menurut sumber, diva berkenaan berbelanja besar di beberapa butik jenama di situ dan telah belanja enam angka secara keseluruhan.

Mariah hadir ke Kuala Lumpur dua hari lalu dengan menggunakan jet peribadi bagi menjayakan konsert Mariah Carey ‘The Elusive Chanteuse Asian Tour 2014’ jam 8 malam ini di Stadium Merdeka.

photo mariah carey

Terdahulu, Mariah menjadi bahan kritikan apabila vokalnya tidak lagi seperti dulu sekaligus mengecewakan peminat sewaktu mengadakan persembahan di Tokyo baru-baru ini.

Bagaimanapun ketika mengadakan konsert di lima buah bandar di China selepas itu, Mariah kembali bangkit dan berjaya membuktikan bahawa vokalnya masih ampuh dan bertenaga sehingga mendapat pujian media tempatan.

Konsert di Kuala Lumpur ini adalah kunjungan kedua Mariah selepas 2004 dan peminat boleh menjangkakan sebuah persembahan mantap darinya kerana beliau pernah berkata vokalnya akan lebih bertenaga apabila menyanyi dalam keadaan cuaca yang panas seperti Malaysia.

Konsert Mariah Carey “The Elusive Chanteuse Show” Tour In Malaysia 2014 dianjurkan oleh IME Productions dan disokong oleh Malaysia Major Events sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayariwww.ticketcharge.com.myatau hubungi talian +603 92222 8811.

Harga tiket yang dikenakan adalah RM680 untuk VVIP (tempat duduk bernombor) RM580 (tempat duduk bernombor), RM480 (tempat duduk bernombor) RM380 (tempat duduk bernombor), dan RM280 (tempat duduk bebas). Tiket juga boleh didapati di lokasi konsert malam ini.

A photo posted by #MeIAmZuan (@zuan_ham) on

A photo posted by #MeIAmZuan (@zuan_ham) on

A video posted by #MeIAmZuan (@zuan_ham) on

A photo posted by #MeIAmZuan (@zuan_ham) on

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pra-Pembelian iPhone 6 & iPhone 6 Plus di Malaysia

Senarai Penuh Top 5 Pencalonan Anugerah Industri Muzik AIM 21