in

Gambar Majlis Resepsi Bersama Peminat Halim Othman & Adibah Noor

MAJLIS RESEPSI BERSAMA PEMINAT HALIM OTHMAN & ADIBAH NOOR

Setelah hampir tiga minggu mereka dipertemukan dan digandingkan bersama, kini mereka diraikan sekali lagi dalam sebuah majlis resepsi. Istimewanya acara ini, ia turut disertai oleh para pendengar setia Suria FM. Bertempat di SACC Convention Centre Shah Alam, majlis ini bertujuan untuk mendekatkan lagi para pendengar setia dengan barisan penyampai Ceria Pagi iaitu Halim Othman dan Adibah Noor.

Semua Penyampai Suria Fm

Para pendengar bertuah telah dipilih untuk menghadiri majlis ini dan berkenalan dengan penyampai kesayangan mereka dengan lebih dekat. Di samping meraikan pasangan ini, ada pelbagai aktiviti ceria diadakan untuk para pendengar, persembahan eksklusif dari Halim Othman dan Adibah Noor serta sesi berkaraoke terbuka. Selain dari pasangan Ceria Pagi, penyampai-penyampai lain di Suria FM seperti Reza, DJ Lin, Seri dan Bob Ringgo juga turut serta bagi memeriahkan majlis ini.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima mengenai pasangan baru ini, ramai pendengar telah memberikan komen yang memberansangkan mengenai gandingan Halim Othman dan Adibah Noor. Rata-rata daripada mereka menyatakan pasangan Ceria Pagi ini amat menghiburkan dan sangat berinformasi. Kebanyakan pendengar berharap agar gandingan ini dikekalkan dan terus menceriakan pagi-pagi mereka disamping lagu-lagu terbaik 90-an dan terbaru yang diputarkan.

Suria FM amat berharap sokongan ini akan berterusan dalam usaha memantapkan lagi stesen radio kami. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pendengar yang setia bersama Suria FM hingga kini. Sebagai satu usaha untuk mendekatkan lagi para pendengar dengan Suria FM, jangan lupa untuk ‘like’ Suria FM di Facebook dan ikuti kami, @suriafmradio di Twitter dan Instagram.

Halim Othman &Amp; Adibah Noor

Halim Othman &Amp; Adibah Noor 2

Semua Penyampai Suria Fm-001

Tahniah Kepada Pemenang

Persembahan Eksklusif Halim &Amp; Adibah

Adibah Menyanyikan Lagu 'Terlalu Istimewa'

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Owen Yap & Nora Danish as UNIQLO Local Ambassadors for 2013

Imagine Dragons Universal Music Malaysia