in , ,

Gambar Majlis Nikah Lisa Surihani & Yusry KRU

Dengan sekali lafaz, pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim, 39, sah bergelar suami kepada pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed, 26.

Yusry KRU mendedahkan dia sebenarnya tidak lagi percaya kepada cinta selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan Erra Fazira enam tahun lalu. Perasaan itu berubah selepas bertemu dengan Lisa Surihani yang telah berjaya membuka semula hatinya untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidupnya. Yusry jatuh cinta dengan Lisa kerana kebolehan wanita berusia 26 tahun itu bergaul dengan orang tua, pandai melayan karenah kanak-kanak dan kesempurnaan Lisa pada pandangan matanya.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.

Lisa tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry dengan rona putih manakala Yusry pula segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.

Majlis akad nikah tersebut dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan ‘Winter Garden’.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sebelum ini, Lisa telah selamat melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai, majlis khatam Al-Quran untuk bergelar raja sehari.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Lisa dan kedua untuk Yusry yang pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira.

Pasangan ini berharap akan dikurniakan anak secepat mungkin.

Bagi Lisa, Yusry telah melengkapkan kehidupan beliau sebagai seorang wanita dan selesa bersamanya. Yusry telah mengajarnya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan sempurna selain tertawan dengan sifat rendah diri lelaki tersebut.

“Daripada awal hubungan kami bukan main-main dan pada ketika itu juga saya tahu dia adalah lelaki yang tepat untuk saya,” ujarnya.

Lisa & Yusry akan berbulan madu di benua Eropah pada hari Isnin depan sejurus selepas selesai majlis resepsi perkahwinan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini.

Destinasi pertama mereka ialah Switzerland terlebih dahulu sebelum menjelajah ke tempat lain dengan menaiki kereta. Yusry & Lisa memilih negara Eropah kerana sukakan cuaca sejuk dan akan berbulan madu selama dua minggu. Selepas berbulan madu, mereka akan kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Selamat pengantin baru & selamat melangkah ke fasa baru, alam rumahtangga buat Lisa.

Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry
Majlis Nikah Lisa Yusry

kredit: DZMS Events

website : http://blisscandid.blog.com
facebook : http://facebook.com/blisscandid.photography
fb photographer : http://facebook.com/aizatrush

Assigned by DZMS to shoot Lisa+Yusry’s wedding.
Wedding Planner : DZMS Events
Location : Marriott Putrajaya
Theme : Winter Garden
Deco n Pelamin : KS Entourage
Lisa’s Dress : Cosry
Yusry’s Baju Melayu : Taufik Taylor
Hantaran : Cosry & ElizaElies Wedding
Official Photographer : Pretty Peektures
Official Videographer : Motion Peektures

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Konsert Evanescence di Malaysia

Gambar Party Kejutan Hari Jadi Aaron Aziz