Gambar Majlis Kahwin Melissa Maureen Rizal dan Malique Too Phat di Pantai Bali

Umum dah tahu, Melissa Maureen Rizal (pelakon filem Hoopers) dan Malique (Too Phat) telah berkahwin di Bali pada 8/08/2008 yang lalu. Mereka bertunang dah 3 tahun yang lalu.

Perkahwinan rahsia mereka telah terbongkar setelah beberapa gambar perkahwinan pasangan dua merpati sejoli ini tersebar luas di dalam internet menerusi email, forum dan blog. Ramai yang mengutuk mengeji pasangan ini kerana menyembunyikan perkahwinan mereka.

Apakah alasan mereka?

Untuk gambar lain, sila layari:

http://budifoto.blogspot.com

Bertemakan warna putih dan biru muda di tepi pantai Bali, Indonesia, majlis itu kelihatan begitu ringkas dengan dihadiri teman-teman rapat sahaja.

Sebenarnya, Melissa ingin rasa happy dan kegembiraan berkahwin dengan Malique disimpan sebagai memori yang paling indah untuk dirinya, suami dan keluarga mereka. Sebab itulah, Melissa tak mahu berkongsi dengan pihak luar. Terlalu privacy kata dia.

“Kalau boleh, saya tak mahu menceritakan tentang majlis perkahwinan itu dengan mendalam. Bukannya apa, ia adalah satu memori yang indah dan sangat bermakna buat kami. Ini hal peribadi. Lagipun, perkahwinan kami sangat sederhana. Kami bernikah di sebelah petang dan bersanding pada waktu malamnya. Yang penting, inilah impian saya iaitu berkahwin di tepian pantai. Tetamu yang hadir pula kebanyakannya merupakan saudara terdekat dan juga kawan rapat saya yang dikenali sejak sekolah sahaja,”  – KOSMO!

Begitu ringkas jawapannya, Melissa lebih selesa mengurangkan bicara hal perkahwinannya. Namun dia menjelaskan, ada sebab mengapa perkahwinan ini dirahsiakan.

Nampak lain macam je perkahwinan diorang ni dalam gambar. Lebih kebaratan. Walaupun simple tetapi siap ada …

Jawab Melissa:  “Kami berkahwin secara Islam.”

Macamana pula dengan mas kahwin dan wang hantaran?

Wajah Melissa sedikit berubah. Gusar di mindan dan hatinya gundah saat untuk menceritakan kepada media. Jawapan yang sama terucap dari bibirnya. “Kami berkahwin secara Islam.” Selebihnya, Melissa tidak mahu memberitahu lebih lanjut tentang wang hantaran dan mas kahwin.

Dek terlalu sibuk, Melissa dan Malique tidak sempat berbulan madu dalam masa terdekat ini.

Budiey mewakili pembaca Sensasi Selebriti ingin mengucapkan… Selamat pengantin baru kepada Melissa & Malique! Moga bahagia dan sejahtera rukun damai di bawah payung rahmat Yang Maha Esa.

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Dorang nikah dulu…time tu melissa pakai kebaya…
    after that baru buat reception tuuu….
    melissa jek yg tukar baju…malique tak…
    maybe dorang mmg nak buat simple wedding…

    tunggulah kot ada reception kat kl plakkk…

  2. hope its true..kahwin secara islam..and hope melissa don’t smoke..maybe mataku tersalah melihat ..but hope both of you are happy together gether…hahahaha

  3. cara islam…korang tak tengok ke diaorg punya reception sebelah malam…siap ada arak…i’m not sure the place but its look like a club..ni ke cara islam skrg….nauzubillah..

  4. hmmm tahniah malique and melissa maureen…. 🙂 nape bju melissa nmpk terlalu simple…hehehhehehehe tp looks nice gak…dulu melissa chubby kn? apa2 pun cpt2 timang baby….muahahahahah 😉

  5. very simple kan…
    maybe dorang suke sederhana….
    yg lain tu Allah saja yg tau…
    kita ni hanya bersangka baik saja dahlaaaa….

  6. if i’m not mistaken, malique used to be buff, quite muscular (sort of)..
    why is he so skinny now? i almost didn’t recognize him..

    anyway, congrats to both of them!

  7. melissa n malique mmg psgn yg cocok..
    aq sokg dowg kawin tp naper lak dowg telan arak??
    da xde air lg ke dowg nk telan??
    tp lantak dowg r cz yg kne azab seksok dowg..
    so 2 hal dowg ngn ALLAH..siapela aq nk mlrg kn..
    psan aq jauhilah yg HARAM 2..

  8. Islam did not indicate the type of dressing.
    Islam did not indicate a wedding reception requires the bride and groom to wear a kebaya or any malay costumes.

    yes, what she wore might be inappropriate to old malay folks, but isn’t it the same when any normal malay brides wear tight-fitting kebayas and exposing their hair-do.

    no difference to me.

  9. perkahwinan dlm islam haruslah dihebah-hebahkan agar dpt menghalang fitnah dan buruk sangka.bila timbul fitnah n buruk sangka..yg tnggung diorgla..coz perkara baik elok di hebahkan..and for me..its look to western..lantak la

  10. saya memang peninat fanatik 2 phat ni dari album anak ayam lagi dan x sangka dia buat saya macam ni wuaaaaaaaa………..

  11. emmp…..org kat afrika yang islam 2 pkai kebaya ke??? alahai…biar ar meka…nak kawin cara islam at least ada gak pakai baju!!!!…..nak merokok…minum arak…dosa meka tanggangung…bukan korg pon…tah2 korg yang banyak songeh ni yanh banyak dosa!!!!!! sedar r sikit….

  12. wow i didn’t know they were together! anyway semoga berkekalan dan berbahagia sehingga akhir hayat, love the both of you. i think they are a very loving couple. their privacy we should repect. and we as humans why can’t we just think positive and good things instead of bashing something that is not necessirily true. we are not God. so, fikir benda baik2 je, dan doakan kebahagiaan diorang, itu lebih baik 🙂

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pra Tonton Filem KAMI The Movie

SENIMAN AHMAD MAHMUD MENINGGAL DUNIA