in ,

Gambar Lisa Surihani di Karpet Merah ABP-BH 2009

Sekitar jam 7.30 malam, Anugerah Bintang Popular telah memulakan acara tradisinya dengan acara red carpet. Seperti tahun-tahun sudah, inilah masanya selebriti melaram dengan pakaian yang direka dan ditaja khas oleh pereka fesyen terkenal.

Semua selebriti yang hadir telah menerima layanan diraja dengan treatment yang mantap punya di Cosmopolitan Pamper Suite. Disitulah selebriti akan disolek dan mengenakan baju yang mengikut tema CETUSAN WARNA. Kemudian, dihantarkan terus ke karpet merah dengan bas dan ada yang pakai limosine?

Pelakon yang tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Lisa Surihani memakai baju rekaan Anizam dan makeup pula oleh Riezza Amour. Dan Budiey nak ucapkan tahniah kepada pereka dan Lisa Surihani kerana fesyen ini telah memenangi Best Dress untuk kategori wanita. Amacam cantik tak?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAJLIS SIDANG MEDIA MALAM KEMUNCAK GAH 1 AKHIR

Hampir 4 Juta Tonton Anugerah Bintang Popular 2009