Gambar Krisdayanti Bersama Equin Negara Qabil Ambak

Budiey Blog
Kalau sekali tengok gambar ini, pastinya ramai yang akan buat gosip dan spekulasi mengatakan penyanyi popular dari Indonesia, Krisdayanti sedang bercinta dengan equin negara, Qabil Ambak. Oh! Jangan salah anggap kerana Krisdayanti hanyalah memanggil Qabil ke pentas untuk menemani dan turut menari bersamanya.

Namun, dengan gaya yang santai dan ceria Qabil menunjukkan beliau begitu gembira dab bahagia berada di samping Krisdayanti. Mungkin kerana KD samih lagi digelar janda meletop dan kita pun sendiri boleh tengok ada lambang bunga-bunga ros dan lambang hati (cinta) di baju kemeja Qabil. Mmm… mungkin ada sesuatu.

Masih ingat tak lagi, suatu ketika dulu Qabil pernah menolak cinta Fasha Sandha dan selepas itu tersiar juga gambar teman wanita Qabil di internet. Diharap gambar ini cuma satu hiburan santai, Qabil mungkin antara jutaan peminat KD dan hubungan mereka setakat peminat dan penyanyi sahaja.

4217627674 7E3Ca0C4Bb O | 4

4216860829 8E017430Cc O | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Romantis Datuk K Menyuap Dato’ Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza 1 | 21

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Disaman Dituduh Menciplak Lagu