in ,

Gambar Konsert Fenomena 30 Tahun Search Di Johor Bahru

KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH DI JOHOR BAHRU DIBANJIRI 10,000 PEMINAT
Walau hujan lebat sebelum konsert bermula, peminat-peminat Search tidak berganjak

Kehebatan Search pada konsert jelajah Fenomena 30 Tahun di Stadium Larkin, Johor Bahru pada malam Sabtu yang lepas sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Rata-rata peminat yang menghadiri konsert tersebut pulang dengan seribu satu pengalaman yang tidak boleh dibeli dan kesemuanya berbangga dengan kejayaan band kelahiran Johor ini.

Kepuasan juga jelas terpancar di wajah ahli-ahli kumpulan Search yang terdiri daripada Amy (vokalis), Nasir (gitar bass), Yazid (dram), Nordin (gitar irama) dan Kid (gitar utama). Walau begitu risau sebelumnya kerana keadaan hujan lebat yang secara tiba-tiba melanda bandar Johor Bahru, namun itu telah menjadi pembakar semangat buat Search untuk keluar dan memberikan persembahan yang boleh dianggap epik dan di antara yang terbaik pernah diadakan oleh Search.

Search Konsert

Mengulas tentang kejayaan konsert di Johor Bahru tersebut, Amy selaku jurucakap Search menyatakan, “Kami sangat berterima kasih kepada semua peminat-peminat Search samada daripada Johor ataupun yang datang ke sini semata-mata untuk memberikan sokongan kepada kami. Sesungguhnya kami telahpun memberikan segala-galanya untuk anda semua pada malam ini. Kepada kesemua 10,000 peminat-peminat Search yang sanggup berhujan sehingga basah kuyup, kami harap anda telahpun terhibur dan teruskan sokongan anda kepada Search”.

Search memulakan konsert pada malam itu penuh bertenaga dengan lagu “Panggung Khayalan” dan diteruskan pula dengan lagu “Gothik Malam Edan”. Namun lagu ketiga daripada Search iaitu “Fenomena” yang boleh dikatakan telah menjadikan suasana sejuk malam menjadi begitu hangat. Seluruh stadium bergema dengan nyanyian peminat-peminat Search beramai-ramai dengan iringan suara lunak Amy.

Tetap dengan trademark “Phewwittt”, Amy telah menyanyikan sejumlah 23 lagu tanpa henti sepanjang malam dan telah menunaikan janjinya kepada peminat dengan menyanyikan lagu penuh tanpa medley. Satu demi satu lagu hits didendangkan, daripada “Rozana” kepada “Kejora”, daripada “Balada Pemuzik Jalanan” ke “Menara Kesesatan”, dan daripada “Isabella” kepada “Melastik Ke Bintang” – kesemuanya lagu-lagu siulan generasi peminat rock tegar Malaysia dan rantau Asia telah dipersembahkan oleh Search dengan penuh semangat.

Ternyata pemilihan lagu-lagu pada malam itu boleh dikatakan sangat sempurna kerana ia membawa peminat-peminat Search dalam satu perjalanan bersesuaian dengan tema Fenomena 30 Tahun. “Fantasia Bulan Madu” sebagai lagu penutup bagaikan satu lambaian selamat tinggal kepada semua yang hadir dan juga suatu janji bahawa ini bukanlah akhirnya dan Search akan terus beraksi selagi peminat-peminat setia mereka memberikan sokongan.

Sistem bunyi pada malam tersebut dikatakan oleh Nasir Daud, iaitu pemain bass Search, sebagai “perfect” dan ini juga menjadi salah satu factor utama kejayaan konsert ini. Ditambah lagi dengan efek skrin led yang besar dan pyrotechnics menjadikan konsert ini menjadi begitu gah dan menambah keterujaan semua yang hadir.

17 Disember nanti, siri konsert Search Fenomena 30 Tahun beralih ke Kuala Lumpur pula. Apakah ada keistimewaan lain yang bakal kita saksikan? Yang pasti, sifu mereka M.Nasir bakal tampil pada konsert itu nanti. Ini dinyatakan sendiri oleh Search pada sidang media tersebut. Buat masa ini, konsert Search Fenomena 30 Tahun di Johor Bahru masih segar pada ingatan semua yang hadir, memori indah sebuah konsert Rock yang unggul yang tidak akan mudah luput di ingatan. Search tetap berada di mercu arena rock tempatan! Search adalah satu fenomena!

Search Konsert

Search Konsert

Search Konsert

Search Konsert

Search Konsert

Search Konsert

Search Konsert

Search Konsert

Search Konsert

Search Konsert

Search Konsert

Search Konsert

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Menarik Sempena Krismas 2011 8TV

Teater 1 Plastik Hitam