in

Gambar Kilafairy Seksi di Anugerah Bintang Popular 2010

Macam Budiey cakap dulu, seksi ni tak semestinya dedah sana, dedah sini. Kadang-kadang, dengan pakaian dibaluti kain pun, boleh jadi seksi. Terserah pada korang nak nilai macamana.

Tapi masa acara karpet merah semalam, Budiey perhatikan, pelakon filem Karak yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil ni memang seksi habis. Samada bajunya yang direka oleh Arif Syukor tu atau bentuk tubuh lentik yang membuatkan Kilafairy dipandang seksi, Budiey tak pasti. Tapi ramai yang kata, dua-dua elemen tu yang buat Kila nampak menarik.

Terbaru, Kilafairy akan tampil dalam filem Karak tak lama lagi.

Biarpun seronok berlakon, Kila akui kadangkala terpaksa menolak beberapa tawaran drama kerana sedang mengikuti pengajian dalam bidang Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur.

Selain berlakon, Kila juga menjayakan jemputan nyanyian untuk mana-mana majlis keraian. Bagi yang ingin mendengar suara merdu Kila, boleh layari laman sesawang www.youtube.com/Pixiedustiess. Peminat juga boleh mengikuti Kila di laman Twitter iaitu @Kilafairy.

Rasanya korang dah kenal Kilafairy ni, so tak payah la nak letak gambar penuh. Ini gambar Budiey fokus dari tepi. Memang badan dia langsing… agak-agak apalah rahsia badan kekal langsing eh?

Kilafairy

Kilafairy

Kilafairy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Persembahan Siti Nurhaliza Nyanyi No Body di ABP 2010

Gambar Dottie Nur Syuhaida Berambut Sanggul di ABP2010