in ,

Gambar Kad Kahwin Zed Zaidi Tema Facebook

Ini dia kad kahwin yang Zed Zaidi kasi sendiri kat Budiey semalam. Kad jemputan kahwin berwarna biru dan putih ini dihulurkan oleh pelakon ini semasa Budiey hadir di Majlis Sidang Media Program Drama Terbaru anjuran Astro Prima yang berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Nampak lain dari yang lain kan?

Kad Kahwin Zed Zaidi

Kad kahwin ini memang unik dan ini kali pertama Budiey memegang kad kahwin bertemakan Facebook. Sesuai dengan simbolik perkenalan saat pertama berputiknya cinta Zed Zaidi dan pasangannya, Natalia Mustafa Kamal (28 tahun) melalui Facebook. Kalau ada yang bercinta melalui Twitter, nanti jangan lupa tempah kad yang bertemakan Twitter pulak ya. Siap ada burung murai tweet tweet bagai. Maklumlah sekarang ni, nak cari jodoh ni senang je kat laman sosial. Tapi hati-hati, takut tertipu nanti. Tak semua orang yang ada kat Facebook dan Twitter tu, orang yang baik kan?

Tarikh Zed Zaidi akan kahwin dengan kekasihnya ialah pada 29 April ini di satu majlis tertutup iaitu di Restoran Felda Villa, Kuala Lumpur yang akan dihadiri oleh tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Terima kasih Zed Zaidi sebab sudi jemput budiey.com. Insyaallah Budiey akan hadir di Majlis Resepi yang akan diadakan pada 7 Mei 2011, Hari Sabtu di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Tema wedding resepsi ini ialah moden tradisional.

Kad Kahwin Zed Zaidi

Kad kahwin yang dihasilkan seperti laman sosial Facebook lambang pertemuan jodoh Zed Zaidi dan bakal isterinya.

Masa borak-borak sekejap dengan Zed semalam, nampak wajahnya agak letih sikit, tapi terpancar jelas akan kebahagian dan keterujaan beliau untuk berumahtangga tak lama lagi. Walaupun sibuk dengan pengambaran drama, Zed masih sempat meluang masa untuk melihat persiapan dan membeli apa yang patut untuk majlis bersejarahnya itu. Apa-apa pun, harap Zed menjaga kesihatan. Maklumlah sekarang kan musim panas – hujan dan ramai yang sedang demam.

Kad Kahwin Zed Zaidi

Di muka depan tertera kata-kata ringkas tapi bermakna: “Terus Bercinta, kekal selamanya. Mencintai dia adalah satu yang istimewa.

Cinta
Terlalu teruka,
Hanya membilang hari bahagia.

Di belakang kad ini pula ditulis: bercinta itu satu kejadian. Mencintaimu telah ditakdirkan, seperti suatu mimpi yang tidak dapat dibayangkan…

Kad Kahwin Zed Zaidi

Konsep Facebook macam ni nampak menarik jugakkan? Ianya direka khas oleh Kad-KadKahwin.com.

Menurut apa yang Budiey baca dari Mstar, Zed Zaidi tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Acara pernikahan nanti akan dibuat secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga kami sahaja. Mereka minta agar dibuat secara tertutup manakala majlis resepsi baru kami menjemput rakan-rakan dan media,” ujarnya.

Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.

“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.

“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya. Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya.

“Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3. Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya.

Ditanya tentang persiapan perkahwinan, Zed berkata, dia sedang dalam beberapa fasa terakhir untuk majlis tersebut.

“Semuanya keluarga sudah uruskan, saya sudah bercuti sejak 15 April lalu untuk urusan perkahwinan. Sekarang hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai. Insya-Allah semua akan berjalan lancar,” ujarnya yang akan memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan.

Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya selepas bergelar suami isteri nanti. via Mstar

Untuk Zed, semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Selamat pengantin baru in advance ya.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Terbaru Mia Sara Nasuha di Saloma Bistro

Astro Kerjasama TIME Lancar Byond IPTV