in

Gambar Justin Bieber & Selena Gomes di KLIA Malaysia

Gambar Justin Bieber & Selena Gomez di KLIA Malaysia

American popstar Justin Bieber and girlfriend Selena Gomes surrounded by security personnel as they arrived at KL International Airport in Kuala Lumpur Thursday for a concert April 21, 2011. – 21 April, 2011

justin bieber

Justin Bieber arrived KLIA at 1451hrs and then he left KLIA for Kuala Lumpur at 1535hrs.

Peminat fanatik Justin Bieber juga kelihatan sangat ramai yang sanggup menantikan ketibaan penyanyi kesayangan mereka. Sanggup menunggu dari pagi dan begitu juga dengan keadaan di ruang legar Stadium Merdeka.

Sekumpulan fanatik siap buat flashmob menyambut kedatangan Justin Bieber di Malaysia.

Selamat datang ke Malaysia, Bieber!

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Kehadiran mereka bersempena konsert Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini.

“Ya, dia (Bieber) akan tiba dari Singapura pada esok (hari ini),” kata seorang pegawai Jabatan Imigresen di KLIA kepada portal berita berbahasa Inggeris terbitran The Star, Daily Chilli, Rabu.

Bieber yang dijadualkan tiba di ibu negara semalam bagaimanapun terpaksa menangguhkan penerbangannya ekoran masalah kesihatan selepas mengadakan konsert di Singapura, Selasa lalu.

“Justin tidak berapa sihat. Jadi, dia berehat di hotel untuk satu hari lagi,” dedah satu sumber dari hotel penginapan rasmi penyanyi itu di Marina Bay Sands, Singapura.

Justin Bieber pada sidang media konsertnya di Singapura, Selasa.

Lebih menggemparkan, kunjungan Bieber ke Kuala Lumpur turut ditemani kekasihnya Selena Gomez yang sama-sama mengiringi siri konsert jelajah penyanyi itu di rantau Asia Pasifik.

“Ya, Selena menemani Justin tetapi tidak mahu gambar mereka bersama dirakamkan,” akui satu sumber terdekat penganjur rasmi konsert itu, Tune Talk.

Fenomena Bieber terbukti luar biasa apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual. Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam. Ribuan peminat khususnya remaja dijangka menyaksikan sebuah konsert daripada artis yang mencetuskan fenomena seluruh dunia itu.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Crucifixion

Hafiz AF7 dan Adira AF8 Mengaku Bercinta