in , ,

Gambar Isteri dan Anak Faizal Tahir

Baru sekarang, Budiey dapat lihat gambar isteri dan anak Faizal Tahir ni. Ada yang berpendapat, Faizal Tahir juga antara artis yang akan dijolokkan sebagai pencetus kontroversi. Raja Kontroversi. Rupanya, Faizal Tahir pernah tinggal di luar negara selama beberapa tahun bersama keluarganya memberikan kelebihan kepadanya untuk bertutur dengan fasih di dalam Bahasa Inggeris.

2757303398 Bfa8144761 O | 4

Inilah isteri Faizal sekarang. Namanya Siti Raihanim Noran. Mereka berkahwin masa belajar di UiTM. Difahamkan pada ketika itu Hanim sedang mengambil kursus Perhubungan Media Massa.

Kemudian, Hanim telah melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat Sarjana (Masters) dalam bidang yang sama. Rakan seperjuangan yang lain yang sudah pun memasuki dunia artis dan sudah pun popular, antaranya Shahida Azad (Shy), pembaca berita TV3 dan Awal Ashaari.

2757302910 8C1954990C O | 5

Peristiwa pahit ketika digam oleh pihak berkuasa untuk muncul di kaca televisyen cukup memberikan pengajaran kepadanya. Di kala itu isteri, dan ibu bapa beliau Dr. Mohd Tahir Abdul Rahma dan ibu, Muzlipah Aishah yang banyak memberikan kata-kata semangat. Nasib sememangnya tidak menyebelahi beliau apabila sekali lagi digam oleh Mufti Perlis di KONSERT JOMHEBOH yang lalu.

Faizal kini lebih banyak bersabar dan percaya rezeki beliau akan pulih kembali. FAIZAL mengharapkan album terbarunya, SAMPAI SYURGA dapat mengangkatnya semula di persada seni tanah air. Tidak dinafikan bahawa beliau mempunyai taraf vokal yang agak baik. Tetapi mungkin perlu mengawal sedikit perasaaan ketika di pentas.

2756469121 7259C59679 O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TERJAH MELODI: LAN PET PET MAHU GANTI NAS AHMAD?

Video Pesanan Zaid Pelakon Filem Syirik