in , , ,

Gambar Hantaran Mewah Majlis Nikah Zain Saidin & Rozita Che Wan

Dengan sekali lafaz, pelakon Zain Saidin akhirnya sah menjadi suami kepada aktres Rozita Che Wan di majlis akad nikah yang berlangsung jam 9.10 malam tadi. Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita pula diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.

Pelakon itu menerima sembilan peti hantaran termasuklah wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000.

Zain Saidin menyerahkan 9 dulang hantaran berupa 3 utas tas tangan berjenama, 5 pasang kasut, manisan cokelat, wangian, kain pasang, tepak sireh, cek hantaran, telefon bimbit dan al-Quran bersama sejadah.

Sementara Che Ta turut membalas 9 dulang hantaran berupa 5 pasang kasut LV, 5 helai kemeja T, set barangan kulit LV, kek, sireh junjung, wangian 5 set, 5 pasang baju melayu, seutas gelang pandora dan sebentuk cincin.

Tak ramai media yang dapat ambil gambar barang hantaran majlis nikah Zain Saidin & Rozita Che Wan yang cukup eksklusif ini. Jadi, Budiey nak berkongsi dengan anda semua foto-foto yang sempat Budiey rakam.

Hantaran Nikah Zain Saidin & Rozita Che Wan

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Hantaran Nikah Zain Saidin & Rozita Che Wan

Budiey

Budiey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YouTube Malaysia in Rewind: What You Were Watching in 2013

Zain Saidin & Rozita Che Wan Sah Bergelar Suami Isteri