in

Gambar Gita Gutawa @ Konsert Cornetto Love Spark

Malam tadi telah berlangsung Konsert Cornetto Love Spark: Mulanya Di Sini di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Antara persembahan yang ditunggu-tunggu oleh peminat ialah persembahan daripada penyanyi yang diterbangkan khas dari Seberang iaitu Gita Gutawa. Anak perempuan kepada komposer dan pemuzik terkenal, Erwin Gutawa.

Memulakan pentas dengan lagu duet bersama Dafi, Dua Hati Menjadi Satu iaitu lagu tema Wall’s Cornetto. Selain lagu rancak Bukan Permainan, Gita juga turut menghiburkan peminat dengan lagu Doo Bee Doo dan Sempurna.

Gabungan mantap vokal Gita Gutawa turut bersatu dengan vokal Dafi, Mila dan Stacy dalam lagu Mulanya Di Sini. Memang sedap dan halus suara dia. Selalu Gita menggunakan falsetto untuk trademark nyanyian barangkali.

Tampil dalam tiga persalinan yang direka oleh pereka terkenal daripada Indonesia iaitu Balli, Gita memang nampak comel. Sesuai dengan imej keremajaan yang ceria dan segar.

[tags]nakieb, red carpet, steve jobs, sudin, syakila naqieb, Wedding fashion designer, gown, bridal latest fashion design, wedding favor,zang toi design, cuttings, bally, balli, pereka fesyen, indonesia, gita gutawa[/tags]

2618739566 73374F104A | 4

Gita Gutawa Bersama Kawan Baiknya, Dafi

2617915237 83C8F63522 | 5

Comel & Cute

2617913375 3Bac38Ba9D | 6

Gita di Sidang Media Selepas Konsert 

2617909905 C9E4758D60 | 7

Besarnya riben dia…

2617911645 4D3F6255E3 | 8

Gita bersama pengacara Awal Ashaari

2617908325 A577560Eb3 | 9

Ceria Bersama Dafi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Melissa Saila

Trivia: Kereta Selebriti Ke?