in

Gambar Fazura di Sidang Media Anak Wayang

Jam 3 petang semalam, telah berlangsung sidang media kedua program realiti Astro Anak Wayang di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur untuk mengumumkan tenaga pengajar yang akan mendidik 20 orang peserta Anak Wayang menjadi pelakon handalan.

Di sidang media itu, Fazura yang nampak cool khabarnya dah bersedia untuk mengemudi program itu. Dah lama tak tengok Fazura jadi hos, kan? Jadi, kali ini… kena tonton Anak Wayang… sebab Fazura akan berganding dengan Rusdy Ramli!

Tak macam Rusdi Ramli, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharfuddin, gadis manis 26 tahun ini dah pun menimba pengalaman jadi pengacara. Antaranya dia pernah menjadi VJ untuk program Teens World bagi siaran RTM2 dan MTV VJ. Kira dah mantap lah Fazura nih. Jumpa tadi pun kira manis je senyum.

Kini, Fazura akan kembali jadi hos dalam program Anak Wayang. Sebelum ini Fazura telah melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak 2004 dan pernah berlakon 8 buah filem cereka dan pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik pada FFM19 dan 21. Cuma peminat nak tengok Fazura berlakon lagi sebab dia sangat sweet terutama dalam drama Gol dan Gincu.

Terkini, filem terbarunya, Pisau Cukur yang dilakonkan bersama Maya Karin dan Dato’ Rahim Razali.

“Walaupun saya dan Rusdi tidak begitu rapat tapi kami sudah lama kenal. Menjadi pengacara program Anak Wayang adalah satu penghormatan yang besar daripada Astro buat diri saya. Memandangkan ia satu program baru, sata sendiri cukup excited untuk melihat bagaimana impaknya. Saya juga agak gementar tetapi yakin akan dapat keserasian dengan Rusdi di kaca TV nanti,” kata Fazura.

Tengah bersedia untuk jadi hos

Bersama rakan sekerja, Rusdy Ramli

Berbaju biru dan blaus hitam. Anggun dan elegan. Good luck Fazura!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. sweetnyer fazura..walaupun lame dh xkuar..tp still maintain n job..bagus la..terhindar dr gosip2 liar..

  2. woowowoowo……. cute jew sis FAZURA
    nie taw…!!!! huhh… i memang suke
    tol tengok sis nie.. sweet jew taw..!!
    then.., sis nie alwayz senyum jew
    taw…!!!! and yg paling suke bout
    sis nie.. sis x penah nak hipokrit
    cam sesetengah artis laen taw..!!!
    good luck sis FAZURA.. old d’best yeahh…!!!

  3. elly cemburu sebab tak dapat hos anak wayang.
    cemburu pada siapa? pada fazura?

    huh.
    dah2 la tuh nak cemburu.
    benci betul.
    FAZURA all the best. loves you.
    jadi diri sendiri dan jangan pedulikan kata orang lain.

    *penat layan kerenah artis hipokrit dan perasan DIVA. vuang karan jerr!!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Nama Tenaga Produksi Filem Setem

Kes Khalwat Ako Mustapha Dengan Anang Sagunting