in

Gambar Fazura di Sesi Ramah Mesra Pelakon Drama Ezora @ The Curve

Siang tadi Fazura telah hadir di majlis ramah mesra bersama pelakon Drama Ezora. Peminat Fazura boleh menonton lakonan Fazura sebagai Ezora, gadis yang naif merantau ke kota sebatang kara demi mencari bahagia mulai 19 Mei ini.

Bertemu dengan Fazura ada cakap, tahun lepas dia ada 50 orang kawan tetapi tahun ini, Fazura cuma ada 5 orang kawan baik sahaja. Kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis susah nak cari. Itu sahaja yang dapat diungkapnya.

Tahun lepas, Fazura banyak berehat dek terlalu banyak sangat kontroversi seperti kes mahkamah dan segala macam kerenah manusia yang terpaksa dihadapinya. Untuk menenangkan jiwa, Fazura terbang melancong ke luar negara.

Tahun ini, Fazura mahu buat comeback dengan membintangi dua buah drama iaitu Bicara Cinta yang diarahkan oleh Rashid Sibir dan Drama Ezora arahan AHmad IDham serta 4 buah filem. Antaranya Selamat Pagi Cinta, terbitan Metrowealth Sdn Bhd.


2489138965 8421E25C06 | 1

2489140041 832228Fd60 | 2

2489142109 9A45Aa0311 | 3

2489957122 E68Ba86Be3 | 4

2488702337 0Ee6Ac7Cb9 | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Sidang Media Filem Congkak di Singapura

SESSI RAMAH MESRA BERSAMA PELAKON AKASIA – EZORA