in ,

Gambar Ella di Sidang Media Persembahan Minggu Setiausaha

Selepas mengharungi kehidupan seni lebih tiga dekad sehingga diangkat sebagai Ratu Rock Negara, akhirnya Ella telah terbuka hati untuk mengadakan persembahan di Minggu Setiausaha buat pertama kalinya. Syabas Ella!

Pada jam 2 petang tadi, Budiey telah menghadiri satu sidang media pengumuman persembahan Ratu Rock Ella untuk Minggu Setiausaha. Yang pasti, Ella sendiri ada sebab mengapa baru sekarang beliau terbuka hati untuk menghiburkan peminatnya di Minggu Setiausaha yang biasanya berlangsung sepanjang bulan April.

Dikhabarkan ini adalah sidang media pertama dan akan datang nanti ada satu lagi sidang media kedua untuk mengumumkan sesuatu kepada peminat.

Persembahan Ratu Rock Ella buat pertama kali di Minggu Setiausaha akan berlangsung pada 27 April 2016 di Dewan Perdana Felda jam 12 tengahari. Dianjurkan bersama Ben Jawi Entertainment, persembahan selama dua jam tanpa henti ini masih lagi dalam peringkat mencari ramai lagi penaja untuk memeriahkan dan membantu menyempurnakan persembahan Ella agar ianya memuaskan hati peminat dan setiausaha serta boss mereka.

Jom kita tengok dulu gambar Ella di sidang media ini:

Pc Minggu Setiausaha Ella

Pc Minggu Setiausaha Ella

Pc Minggu Setiausaha Ella

Pc Minggu Setiausaha Ella

Pc Minggu Setiausaha Ella

Pc Minggu Setiausaha Ella

Pc Minggu Setiausaha Ella

Pc Minggu Setiausaha Ella

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Membawa Kegembiraan Deepavali Kepada Belia Myskills

Puma By Rihanna Footwear’s New Colourways Released!