in

Gambar Dr Sheikh Muszaphar Dr Halina Bertunang

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat mengikat pertunangan dengan Dr Halina Mohd Yunos (29 tahun) di Hotel Allson Kelana pada 1 Januari 2010, Jumaat lalu.

4236302157 2562A247A3 O | 4

Majlis yang berlangsung jam 4 petang itu berlangsung sederhana tetapi meriah dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu jemputan terdiri daripada anggota keluarga, sanak saudara, rakan-rakan rapat dan wakil media. 

Dr. Halina, 29, adalah anak jati Negeri Sembilan yang kini bertugas sebagai doktor bius di Hospital Selayang dekat sini.

Dr Sheikh Muszaphar, 37, segak berpakaian baju Melayu kelabu dan bersamping merah muda dan bersongkok dengan diiringi bapanya Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ibunya Datin Zuraidah Sheikh Ahmad.

4236301987 E9C97Dd6E5 O | 5

Sementara Dr Halina, 29, yang tampak manis berpakaian baju kurung moden  merah muda diiringi bapanya Mohd Yunos Mohd Ali dan ibunya Habibah Endan.

Dr Halina menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas dengan lima dulang hantaran.

Zuraidah kemudian menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Dr Halina sebelum Habibah pula menyarungkan cincin ke jari manis Dr Sheikh Muszaphar.

4237078692 7Af0E67Ccd O | 6

Pasangan itu memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga detik Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Dr. Muszaphar, 37, mengaku tidak sabar untuk menempuh satu lagipengalaman baru bersama gadis pilihan serta mendapat restu keluargakedua-dua pihak.

4236302027 3248Ed272D O | 7

Dalam sidang akhbar selepas itu, Dr Sheikh Muszaphar yang mengenali Dr Halina sejak lapan tahun lepas berkata:” Saya sangat gembira impian untuk merealitikan hubungan yang sekian lama terjalin kepada ikatan rasmi”.

4236324231 854F2Ccaf6 O | 8

Ditanya jumlah wang hantaran yang akan diberikan kepada bakal isterinya, beliau berkata: “biarlah rahsia” dan menurutnya tempat majlis perkahwinan belum ditentukan tetapi yang pasti akan diadakan di Kuala Lumpur.

Dr Halina pula mengakui tidak keberatan berkongsi perhatian bakal suaminya itu dengan rakyat Malaysia.

4237095284 04046B9000 O | 9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Juara Idola Kecil 2

Ucapan IZ di Banglore India Sempena Tahun Baru 2010