in , ,

Gambar Diana Danielle Bawa Baby Berjemur Kerana Penyakit Kuning

[dropcap]P[/dropcap]ada 2 Julai yang lalu, kita semua diberitakan satu khabar gembira apabila Diana Danielle telah selamat melahirkan bayi sulungnya. Isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil ini selamat bersalin di sebuah hospital di Sydney, Australia kira-kira jam 6.30 petang (waktu Malaysia). Budiey dah lihat gambar baby Farid dan Diana ni, sangat comel. Tengoklah bapa dan ibunya, sama cantik sama lawa. Mestilah baby yang dilahirkan juga cute dan comel. Apa nama baby Farid dan Diana ni ya?

Sebagai pengubat rindu peminat, sudah tentu Farid dan Diana akan berkongsi beberapa gambar baby pertama mereka. Maklumlah, memang bukan mudah untuk para peminat menatap wajah anak sulung Farid & Diana, kerana jarak mereka pun jauh dari Malaysia.

Pagi ini menerusi akaun Instagram beliau, Diana buat pertama kali kongsikan gambar beliau bersama putera sulungnya itu.

Penyakit Kuning Diana

“Letting the little boss soak in the sun. Just a slight case of jaundice — nothing the sun can’t solve.”

Diana Danielle memberitahu anaknya ada alami sedikit masalah penyakit kuning.

Semoga bayi Farid Kamil & Diana Danielle yang masih belum kita ketahui namanya ini cepat sembuh dan mereka boleh kongsikan lebih banyak gambar-gambar yang comel. Diana Danielle nampak maintain je. Takde la berisi sangat. Cun! Untunglah Farid Kamil ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Cedera Kemalangan Motosikal

Sinopsis Drama Rumah Kedai Lakonan Rozita Che Wan