in , , ,

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Bermulanya dari November 2012 sehingga Januari tahun ini, Dato’ Siti Nurhaliza, pengasas jenama kecantikan SimplySiti telah diberi satu misi untuk mengumpul dana bagi membantu 3 orang kanak-kanak dari Yayasan IJN yang memerlukan pembiayaan untuk menjalani pembedahan jantung mereka.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Misi ini telah dilancarkan di bawah kempen SimplySiti Di Hati 2012, iaitu aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan oleh SimplySiti setiap tahun sejak 2011 yang lalu.

Kempen yang diterajui oleh Dato’ Siti sendiri telah menyaksikan beliau turun ke padang ke kaunter-kaunter SimplySiti yang terpilih dengan usaha dan niat untuk bersama dengan pengguna SimplySiti untuk sama-sama membantu misi beliau untuk meraih dana yang diperlukan.

DATO’ SITI NURHALIZA MEMBAWA PENGGUNA SIMPLYSITI® BERCUTI KE LEGOLAND® MALAYSIA

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Kata Dato’ Siti Nurhaliza ketika berjumpa beliau di lawatan ke LEGOLAND,

“Syukur sekali, sudah dua tahun SimplySiti Di Hati dijalankan dan kempen ini telah dapat membantu 5 orang kanak-kanak keseluruhan yang telah menjalani pembedahan jantung mereka dengan selamat. Siti gembira dan amat berterima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan kempen ini dengan baik dan terutama sekali buat pengguna SimplySiti yang menyokong dan turut bekerja keras membantu Siti menjayakan misi ini.”

– Dato’ Siti Nurhaliza

Istimewanya lagi kempen SimplySiti Di Hati 2012 ini, beberapa rakan niaga telah turut serta untuk sama-sama menjayakannya dengan memberi sumbangan dalam bentuk hadiah bagi mereka yang bertuah yang telah membeli produk SimplySiti dengan niat untuk menderma.

Bukan sahaja menderma, mereka turut berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari Berjaya Hotel & Resorts, baucer Starbucks Coffee serta banyak lagi.

Selain itu, SimplySiti turut menghadiahkan pemenang bertuah dengan tiket penerbangan ke destinasi-destinasi istimewa yang terpilih. Dan yang paling menarik, pengguna-pengguna turut berpeluang memenangi tiket lawatan seharian bersama Dato’ Siti Nurhaliza ke LEGOLAND.

Dengan pencapaian yang diraih, lawatan ini adalah sebagai ucapan terima kasih SimplySiti buat pengguna-pengguna, rakan-rakan media serta rakan-rakan niaga yang telah membantu menjayakan kempen SimplySiti Di Hati 2012.

Menariknya, lawatan bersama Dato’ Siti yang ditaja khas oleh LEGOLAND ini menyaksikan pelbagai aktiviti istimewa yang telah dirancangkan untuk memastikan setiap yang hadir pasti pulang dengan gembira. SimplySiti membawa bersama 100 peserta iaitu pengguna bertuah (dewasa dan kanak-kanak), rakan-rakan media, adik Huang Si Han, adik Sharadha Ganisan dan adik Mohd Lokman Yusri turut serta.

Bermulanya perjalanan jam 6 pagi dari Kuala Lumpur, perjalanan dengan bas Mara Liner, penaja bas bagi lawatan ini, rombongan tiba di Johor di mana mereka diraikan dengan sesi bergambar di hadapan gerbang LEGOLAND.

Kemudiannya mereka diiring terus ke dalam taman tema ini bagi merasai permainan dan aktiviti yang telah disediakan. Antaranya, mereka dapat menaiki beberapa tarikan menarik seperti rollercoaster dan menonton filem di ‘4D cinema’ bersama Dato’ Siti.

Semasa lawatan ini Dato’ Siti telah menghulurkan cek bernilai RM57,166 kepada pihak Yayasan IJN sebagai sumbangan yang dihulurkan bersempena dengan kempen SimplySiti Di Hati 2012. Jumlah kutipan dana adalah berdasarkan hampir 7% daripada perolehan yang dibuat sepanjang kempen berlangsung berdasarkan anggaran yang terbaik. SimplySiti berterima kasih ke atas semua sokongan dan memohon dihalalkan sekiranya terdapat apa-apa perbezaan daripada jumlah sebenar yang tidak dapat diperolehi secara tepat.

Turut menyumbang kepada Yayasan IJN, LEGOLAND Malaysia diwakili oleh Cik Thila Munusamy telah menyampaikan 1,000 tiket ke LEGOLAND buat kanak-kanak Yayasan IJN yang kurang bernasib baik.

Selain itu, Dato’ Siti turut membina LEGO® ‘minifigure’ beliau sendiri dan pelawat yang hadir berpeluang untuk menukar ‘minifigure’ mereka bersama Dato’ Siti.

Sejak pelancaran ‘Pertukaran Minifigure’ dua minggu yang lalu, dianggarkan seramai 6000 orang kanak-kanak dan pengunjung telah berinteraksi secara interaktif menukar koleksi ‘minifigure’di antara Model Citizen (pekerja LEGOLAND) dan pengunjung yang mengunjungi Taman Tema LEGOLAND Malaysia.

“Ini adalah aktiviti kekeluargaan yang menarik bagi kanak-kanak dan ahli keluarga. Saya amat berbesar hati kerana terlibat secara langsung dalam aktiviti ‘Pertukaran Minifigure’ dan saya menantikan aktiviti yang akan dijalankan di masa hadapan di LEGOLAND Malaysia.”

Dato’ Siti Nurhaliza

SimplySiti Di Hati 2012 adalah dengan kerjasama Rakan Ekslusif Watsons, Yayasan IJN sebagai Rakan CSR Rasmi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang merupakan Rakan Penyiaran Rasmi, Berjaya Hotels & Resort selaku Hotel Rasmi serta Legoland Malaysia yang telah menaja tiket berserta lawatan Dato’ Siti Nurhaliza bersama peminat ke Legoland.

Nantikan aktiviti dan kempen akan datang dari SimplySiti serta pelancaran produk-produk baru seperti wangian pertama untuk lelaki dan juga wangian untuk si gadis dan wanita.

Produk SimplySiti kini boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Watsons, cawangan Guardian, Jusco, Aeon Big dan Tesco terpilih, di Sogo KL dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh negara.

Bagi kemudahan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi, produk dan senarai rangkaian niaga sah yang menjual SimplySiti, sila layari laman web rasmi www.simplysiti.com.my dan klik ‘Like’ di Facebook “SimplySiti”. SimplySiti kini turut dibuka untuk pembelian secara ‘online’ di store.simplysiti.com.my.

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Menarik di TV3 Sepanjang April 2013

Sesi Eksklusif Bersama Pemandu Formula 1 PETRONAS