in , ,

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media Konsert SATU

Dah lama kita tak tengok konsert solo Dato’ Siti Nurhaliza. Dan… setelah sekian lama, peminat akan dapat menyaksikan Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 26 hingga 28 Jun 2009. Dengan konsep ‘theatherical’ yang diketengahkan oleh Pat Ibrahim sebagai pengarah konsert dan Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik.

Konsert solo eksklusif bertujuan amal ini dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dan bertemakan SATU yang diilhamkan dari saranan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 berinspirasikan SATU MALAYSIA.

Mungkin juga kata SATU dipilih untuk menggantikan perkataan SOLO. Satu juga bakal menyatukan semua elemen yang dipersembahkan di pentas menjadi satu, muzik, efek tarian, visual, grafik, koreografi dan teknikal. Pendek kata, Dato’ Siti Nurhaliza bakal merealisasikan impiannya untuk buat konsert seperti konsert Celine Dion yang menjadi idolanya.

Lebih kurang 30 buah lagu akan dinyanyikan di mana setiap lagu ada segmen yang punya cerita tersendiri. Penggunaan LED skrin canggih dan kreativiti inovatif dari sudut pementasan juga akan memberikan impak dalam persembahan penyanyi popular ini.

Hasil kutipan daripada konsert amal ini akan dihulurkan kepada badan kebajikan yang akan dipilih kelak. Kepada peminat yang tidak sempat untuk menonton secara live, rakaman konsert akan dibuat dalam bentuk DVD dan CD. Juga kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas, bolehlah berbuat demikian. Hulurkan sumbangan anda ke akaun Yayasan Nurjiwa, no. akaun: 514486106455. Maybank Mid Valley. Fax: 0322877339.

Dato’ Siti Nurhaliza telah hadir di majlis sidang media Konsert SATU di Istana Budaya pada jam 3 petang tadi dengan mengenakan busana cantik.

3544796107 817F02F874 | 4

3545596552 D586027747 | 5

3547474704 035Be26339 | 6

3546667525 Eb5B2E0E6B | 7

3546668283 C5Bda59A0B | 8

3544796985 0F5F5F7618 | 9

3545603962 408330A04E | 10

3544850095 56533Ebba7 | 11

3545656982 22Dda2360A | 12

3547476652 Dfe9C82B43 | 13

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Anjur Kempen Derma Darah

ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 8