in ,

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Kempen Lagu Berduit Suria FM

Pada 19 Ogos lalu, Dato’ Siti Nurhaliza telah singgah untuk menjadi tetamu di konti Suria FM untuk memilih pemenang hadiah wang tunai RM10,000 bagi kempen Lagu Berduit Suria FM tajaan One Drop Perfumes. Tampil dengan makeup tipis dan natural serta fesyen kasual dengan jaket dan topi hitam, Siti katanya begitu seronok menjadi tetamu undangan krew Breakfast@Suria bersama juruhebah Tuah dan Zizi. Lagi pun lagu nyanyiannya, Biarlah Rahsia menjadi lagu pilihan untuk ganjaran tersebut.

Siti juga telah menerima kejutan dari Datuk K sempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-3. Ramai yang cakap, diorang ni sangat romantik.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke syurga,” itulah luahan Khalid kepada Siti ketika membuat panggilan kejutan.

Apalagi, terus je Siti tergamam dan tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut sebaik mendengar suara suami.

“Mula-mula dengar suara saya seperti dapat meneka sebab saya kenal benar suara yang membuat panggilan itu. Ini merupakan ucapan yang terawal sebab sebelum ini dia (suami) ucap pada hari ulang tahun,” katanya sambil ketawa kecil.

Budiey ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua peminat Siti dan Siti sendiri juga famili SNP dan selamat berbahagia sempena ulangtahun ke-3 perkahwinan Siti & suami~!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quotes of the Day: Saya rasa bebas – Farawahida

Program Khas Radio RTM Sempena Ramadan