in

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH Media Hiburan

Semalam, jam 2 petang, Budiey sempat menghadiri Anugerah Pilihan Pembaca (PPMH) anjuran Media Hiburan sempena dengan ulangtahun ke-25 majalah selebriti nombor 1 di Malaysia itu.

Berlangsung di Dewan Utama, Restoran Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Anugerah PPMH dimeriahkan dengan kehadiran selebriti ternama.

Video Dato’ Siti Nurhaliza menerima Anugerah Khas dan mendendangkan sebuah lagu di Anugerah PPMH:

Antara yang turut hadir ialah Dato’ Siti Nurhaliza. Hadir dengan tema silver & hitam rekaan Rizman Ruzaini. Dato’ Siti Nurhaliza telah memenangi Anugerah Khas Media Hiburan & Anugerah Artis Wanita Berkulit Cantik. Selain Siti Nurhaliza, penyanyi Ramlah Ram juga turut menerima anugerah yang sama. Tahniah untuk semua pemenang Anugerah PPMH semalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farah Asyikin Ajak Setiausaha & Peminat Santai di Scrumptious Restaurant

Ayu OIAM Mengaku Berkahwin dan Ada Anak