in

Gambar Black Tayang Body di Pulau Perhentian

Mengenali juara Mentor, Black in person tak seperti yang disangkakan. Rupanya, Black ni memang boleh jadi pak lawak dan dia memang sempoi. Semasa mengikuti rombongan ke Pulau Perhentian bersama Black dan beberapa selebriti baru-baru ini, Budiey rasa Black antara yang menjadi bahan ketawa kitorang kat sana. Setiap kali Black buka mulut untuk buat lawak seloroh, setiap kali kami ketawa terbahak-bahak.

Karakter nakal dan pak lawak Black terserlah semasa buat persembahan semasa Pelancaran Xpresi Kembara musim baru pada malam tu. Tak kering gusi dengan telatah Black yang menarik seorang Minah Salleh untuk turut menari bersama-sama.

TONTON VIDEO PERSEMBAHAN BLACK

Sepanjang di sana, Black nampak tak ubah seperti beach boy. Dengan kulitnya yang dah semulajadi tanned, mesti ramai pelancong atau orang luar ingat Black ni pekerja yang menetap di Pulau Perhentian.

Sempoi je Black bukak baju untuk menayangkan body yang kini dah makin berotot dan punya muscle. Dengarnya, selain pergi ke gym, Black sanggup ke sesi menghapuskan lemak di badannya. Sanggup buat apa sahaja untuk tranform badannya menjadi lebih tegap macam ahli bina badan.

Black di Pulau Perhentian

Black di Pulau Perhentian\

Black di Pulau Perhentian

Black di Pulau Perhentian

Black di Pulau Perhentian

Black di Pulau Perhentian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Jayakan Dapur Remaja

Temubual Bersama KUKUBESI Pereka Grafik Poster Hikayat Merong Mahawangsa