in

Gambar Bayi Perempuan Eva Latheefa Anak Cat Farish

Jam 2.33 petang semalam, penyanyi The Fabulous Cats, Cat Farish telah dikurniakan seorang lagi puteri setelah isterinya Hartini Ramly telah selamat melahirkan bayi perempuan. Bayi comel seberat 2.5kg ini diberi nama Eva Latheefa. Wah, unik juga nama ni. Nasib baik bukan Eva Longoria.

4810174097 C10F8Cc9Be O | 4

Dan inilah gambar bayi comel milik Cat Farish. Alhamdulilah, selamat juga melahirkan anak. Orang kata, anak itu rezeki dari Tuhan. Satu anugerah yang tiada tolak bandingan. Semoga anak ini dibesarkan dengan penuh kasih sayamg. Untuk Cat, Budiey ucapkan tahniah atas kelahiran baby baru ni.

Ini gambar isteri Cat sebelum bersalin.

4808379309 15274A0C8D O | 5

4808378509 19E6E40A71 O | 6

Untuk info, Cat Farish berkahwin dengan Hartini Ramly pada tahun 2007 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nia. Menjadikan 2 anak perempuan kesemuanya.

Gambar Cat Farish kahwin:

900954782 856Dc1D1D2 O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adi Putra, Almy Nadia Bintangi Drama Tetamu Malam

Sekitar Media Gathering MASIF 2010