in

Gambar Amy Search & Norish Bertudung Mahu Umrah Lagi

Amy Search Dah Bertaubat?
Ada sesetengah artis akan berubah selepas mengerjakan umrah dan haji. Ada juga yang sebaliknya. Malah bertambah seksi dan tak serik bikin kontroversi. Itu hal mereka dengan Tuhan. Kadang-kadang, kalau dah tersurat, hati manusia ni berubah dalam sekelip mata.

amy search

Budiey ada terbaca baru-baru ini Amy Search berubah sakan sekembalinya dari umrah pada bulan Mei 2007. Masa tu, ramai terkejut juga. Amy Search dan isterinya, Hasniza Hassan atau mesra dipanggil Norish yang dah bertudung tu pergi buat umrah. Benda tu tak pelik sebenarnya. Macam Budiey cakap tadi, Tuhan boleh beri hidayah bila-bila masa saja. Baguslah tu kan.

Amy jarang dilihat di majlis hiburan dan tak pandang sangat untuk berhibur. Tapi Showcase Search di Planet Hollywood lalu, Amy tetap jadi otai rock & roll yang funky munky. Meletop show Amy sampai dijulang oleh peminat.

isteri amy search bertudung

Dulu pernah Amy kata, “Aku manusia yang tahu rasa sedih, kecewa dan penat.” Mungkin perubahan ini yang dimaksudkannnya. Perubahan yang ketara, Amy Search banyak melakukan ibadat dan bersedekah serta berbual tentang perkara keagamaan. Kini dilaporkan Amy giat aktif berdakwah sesama rockers lain untuk buat umrah. Kiranya Amy adalah penganjur untuk rakan rocker lain. Antara yang dah bersetuju ialah Man Kidal. Wah! Ini dah bagus.

Kata Amy tentang ibadah umrahnya;

‘Dalam sibuk beribadat, masih ada orang sempat memperlekehkan insan lain. Saya terdengar perbualan seseorang mempertikaikan kehadiran saya di tanah suci. Barangkali maksudnya saya ini penyanyi, maka wang yang saya perolehi tidak halal. Alhamdulillah, saya sedikit pun tidak melenting kerana umrah urusan saya dengan Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Bijaksana. Sama ada saya diterima atau tidak, itu hak Allah. Yang pasti, sewaktu mengambil keputusan ini dulu, hati saya sudah bulat dan saya berserah dengan apa pun dugaan yang bakal ditempuhi,’ luah Amy dalam laporan akhbar Harian Metro.

Paling seronoknya sepanjang mengerjakan umrah saya dapat sembahyang Jumaat dua kali iaitu di Masjid Nabawi, Madinah, dan Masjidil Haram, Makkah. Selama empat hari di Madinah, saya berpeluang solat di Raudhah, salah satu taman syurga. Bukan mudah merebut peluang bersembahyang di Raudhah kerana kawasannya amat terhad dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai,.Ia cukup indah hingga saya menangis. Selesai berehat, saya terus melakukan tawaf. Saya juga mengorbankan rambut. Malah saya berikrar mahu kekal dengan imej begini selama-lamanya kerana dengan cara ini hati saya sentiasa terkenangkan Makkah.

Mengenai doanya ketika di Makkah, Amy berkata, beliau memohon kepada Allah swt agar ditetapkan hatinya supaya tidak malas bersolat dan mematuhi segala yang termaktub dalam Rukun Islam dan Rukun Iman.

Kalau dulu orang kata Amy Search wild, buas berparti dan bersosial? Kini, tidak lagi! Alhamdulilah…

[tags]gambar norish bertudung, amy search umrah, haji mabrur, gambar artis haji, gambar artis seksi, gambar amy search konsert, fesyen bertudung hari raya, fesyen hari raya baju kebaya, makkah, madinah, rukun islam, rukun iman, man kidal, gambar man kidal, ikon rock, gambar artis party, gambar anak sheila majid khalida, gambar rita rudaini pakwe, gambar aidil zakuan dan rita rudaini, gambar siti nurhaliza terbaru, gambar norish bertudung, amy search umrah, haji mabrur, gambar artis haji, gambar artis seksi, gambar amy search konsert, fesyen bertudung hari raya, fesyen hari raya baju kebaya[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zachary Quinto Photos at 59th Primetime Emmy Awards

Advertorial: Pacmee Personalisation, Advertisement & Communication