in

Gambar Aizat di Majlis Pelancaran Album CTKD

Budiey sempat bertemu dengan Aizat di Majlis Pelancaran Album CTKD malam tadi untuk ucapkan tahniah kerana berjaya bergelar juara di Anugerah Juara Lagu Ke 24. Mata Aizat pun nampak mengantuk. Wajah masih lagi letih. Mungkin semalam, Aizat dan peminat semua celebrate.

Aizat dijemput sebagai tetamu di majlis hari jadi Siti yang 31. Sudah tentu kehadiran beliau sebagai tanda sokongan padu buat bintang idola atau mentor nya Dato’ Siti Nurhaliza yang menyambut hari jadi ke-31 semalam. Oh ya, Aizat juga akan berganding dengan Faizal Tahir di Konsert Satu Suara yang diterbitkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza pada 12-14 Februari depan.

Memandangkan gelaran juara yang diraih, saham Aizat pun pasti juga akan naik. Jadi, pastinya ramai yang tak nak lepaskan peluang tengok Aizat dan Faizal Tahir bergabung. Jangan lupa dapatkan tiket awal kerana dijangka tiket akan laris macam goreng pisang panas.

Aizat juga tak lupa untuk mengucapkan selamat ulangtahun ke-3 untuk Budiey.com. Terima kasih Aizat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Saida di Pelancaran Album CTKD

Gambar Sheikh Muszaphar Shukor dan Tunang di Majlis Hari Jadi Siti ke 31