Samsung sekali lagi menggegarkan dunia teknologi dengan pelancaran rasmi Galaxy Z Fold7 pada acara Galaxy Unpacked 2025 di Brooklyn. Dengan setiap langkah inovasi, Samsung membuktikan mereka bukan sekadar pengikut trend, tapi pencipta piawaian baharu dalam arena telefon pintar lipat.
Tahun ini, mereka tampil dengan Fold7 – telefon lipat paling nipis dan paling ringan dalam sejarah Galaxy Z Fold, disulam bersama kuasa AI multimodal, paparan antara muka serba baharu One UI 8, serta kamera 200-megapiksel pertama dalam siri ini. Serius, kali ini Samsung tidak main-main, mereka benar-benar all-out.
Rekaan Mewah, Nipis, Selesa Di Tangan
Kalau anda rasa semua telefon lipat sama je, cuba pegang Fold7 ni. Bila dibuka, hanya setebal 4.2mm – nipis gila! Kalau dilipat, cuma 8.9mm dan berat sekitar 215g sahaja. Bayangkan nipisnya lebih tipis dari dompet kad kredit dan lebih ringan dari passport! Walaupun dilengkapi skrin hadapan dan mekanisme lipat kompleks, Samsung berjaya hasilkan satu produk yang jauh lebih selesa dipegang, mudah disimpan dalam poket, dan memang sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak aktif.
Skrin hadapan dengan nisbah 21:9 juga memudahkan urusan seharian seperti mesej, browsing atau cek emel – semua boleh dibuat tanpa perlu buka sepenuhnya telefon. Kalau anda jenis multitasker, Fold7 ni memang dicipta untuk anda.
Hinge Fold7 pula bukan sekadar cantik pada rupa. Armor FlexHinge kali ni lebih nipis, tapi tetap teguh dan tahan lasak. Struktur dalaman hinge yang dipertingkat juga mengurangkan penampakan garis lipatan, satu isu besar untuk model-model lipat sebelum ini. Nampak premium, pegang pun rasa mahal.
Kamera 200MP: Tangkap Setiap Detik Dengan Jelas, Tak Kira Siang Atau Malam
Inilah kali pertama siri Fold hadir dengan kamera utama 200-megapiksel. Jangan main-main, ini upgrade empat kali ganda dari model sebelum ni. Gabungan AI-powered ProVisual Engine memang menjanjikan gambar yang jauh lebih tajam, kaya warna, dan realistik. Nightography memastikan gambar malam pun tetap crisp, detail tak hilang walau cahaya malap.
Kamera depan pula kali ni menawarkan wide 100-degree field of view. Selfie ramai-ramai, view permandangan, atau buat vlog sendiri – semua jadi lebih senang, lebih cantik, lebih puas hati. Memang kamera Fold7 ni dicipta untuk trendsetter dan content creator yang nak hasil gempak setiap kali klik.
AI Multimodal & One UI 8: Segalanya Jadi Lebih Pintar, Lebih Mudah
Fold7 bukan sekadar cantik luar, dalamannya memang future-forward. Dengan One UI 8, pengguna bakal alami pengalaman AI multimodal yang pertama di dunia. Terima kasih kepada Google Gemini Live, anda boleh kongsi skrin secara real-time sambil bercakap dengan AI. Bayangkan anda tengok gambar kek pelik, tanya Gemini – AI tu terus identify dan cadangkan kedai berdekatan. Tak payah tukar app, tak perlu copy paste, AI urus semua automatik.
Bukan setakat itu. AI boleh simpan senarai kedai, tetapkan reminder, dan susun jadual – semua hanya dengan satu arahan suara atau gambar. Bila guna Multi-Window di Fold7, anda boleh buka gambar kerusi dan bilik serentak, tanya AI sama ada padan atau tak, AI tu siap tukar warna ikut citarasa anda. Ini memang level “life assistant” sebenar – bukan hype kosong.
Komunikasi antara pengguna dan peranti pun jadi lebih natural – boleh guna teks, gambar, suara dan input kamera secara langsung. Kalau selama ni rasa AI macam cakap dengan robot, dengan Fold7, AI tu macam “kawan digital” yang faham anda.
Fold7: Gabungan Reka Bentuk, Teknologi & AI Untuk Gaya Hidup Moden
Fold7 jelas bukan sekadar update rutin. Ini benchmark baru telefon pintar lipat. Setiap inci Fold7 dari hardware, kamera hingga AI disatukan untuk bawa pengalaman ultra-premium yang tak dapat ditandingi. Samsung buktikan mereka masih di depan dalam dunia telefon lipat. Untuk yang sentiasa kejar inovasi, Fold7 adalah jawapan.
Promosi Pra-Tempahan & Harga Rasmi Galaxy Z Fold7 Di Malaysia
Bermula 1 Ogos 2025, Galaxy Z Fold7 & Flip7 akan berada di pasaran Malaysia. Untuk early birds, Samsung buka pra-tempahan dari 9 hingga 31 Julai 2025, dengan pelbagai tawaran menarik seperti diskaun tunai, naik taraf storage, rebat CIMB, dan macam-macam lagi.
Harga rasmi Galaxy Z Fold7:
- 12GB RAM + 256GB (Silver Shadow, Blue Shadow, Jetblack, Mint – Eksklusif Online): RM7,799
- 12GB RAM + 512GB (Silver Shadow, Blue Shadow, Jetblack, Mint – Eksklusif Online): RM8,399
- 16GB RAM + 1TB (Blue Shadow, Jetblack): RM9,899
Harga rasmi Galaxy Z Flip7:
- 12GB RAM + 256GB (Blue Shadow, Coral Red, Jetblack, Mint – Eksklusif Online): RM4,999
- 12GB RAM + 512GB (Blue Shadow, Coral Red, Jetblack, Mint – Eksklusif Online): RM5,599
Galaxy Z Flip7 FE (Eksklusif Online):
- 8GB RAM + 128GB (Black, White): RM3,999
- 8GB RAM + 256GB (Black, White): RM4,299
Untuk pre-order, boleh layari:
Paling penting, setiap pembelian turut dilindungi Samsung Care+, dengan perlindungan penuh untuk kerosakan, pembaikan dan penggantian – satu kelegaan untuk pengguna yang kerap travel atau lasak.
Apa Kata Budiey?
Secara peribadi, Budiey rasa Samsung berjaya menukar persepsi masyarakat terhadap telefon lipat – dari sekadar niche kepada mainstream. Fold7 membuktikan telefon lipat bukan lagi “gimik mahal” tapi benar-benar praktikal, bergaya, dan advance.
Reka bentuk ultra-nipis, kamera padu, AI multimodal yang buat hidup lebih mudah – semua ini bakal menjadi benchmark untuk pesaing lain. Cuma dari sudut harga, memang kena sediakan bajet tebal, tapi pelaburan ini sangat berbaloi untuk mereka yang mahu yang terbaik.
Kalau anda memang heavy user, content creator, atau memang suka telefon yang lain daripada yang lain, Fold7 ini patut ada dalam wish list tahun 2025. Nak ikut arus teknologi, inilah langkah seterusnya.
Jangan tunggu lama-lama, pre-order sekarang kalau tak nak gigit jari!