in ,

Galaxy Watch8 Bawa Penjagaan Jantung Lebih Pintar

Kesihatan jantung sentiasa menjadi tunjang kepada kesejahteraan hidup. Dengan pelancaran Samsung Galaxy Watch8 dan Watch8 Classic, Samsung sekali lagi membuktikan bahawa jam tangan pintar bukan sekadar aksesori gaya hidup, tetapi sebuah “peneman kesihatan harian” yang mampu membantu pengguna memantau jantung dengan lebih tepat, pintar, dan mudah difahami.

Tambahan pula, siri Watch8 kini telah disahkan oleh Medical Device Authority (MDA) Malaysia untuk fungsi penting seperti ECG, Irregular Heart Rhythm Notification (IHRN) dan tekanan darah, menjadikannya bukan sekadar tracker kecergasan, tetapi rakan kesihatan yang boleh dipercayai.

Inovasi Vascular Load Yang Memahami Kesihatan Anda Dari Dalam

Antara ciri paling menarik pada Galaxy Watch8 ialah Vascular Load Monitoring. Fungsi ini beroperasi ketika anda tidur, menganalisis aliran darah serta kekerasan saluran darah menggunakan sensor canggih. Daripada data ini, anda akan dapat melihat bagaimana pemakanan, tekanan harian, dan kualiti tidur memberi kesan terhadap sistem kardiovaskular. Dalam jangka masa panjang, Watch8 membantu anda mengenal pasti corak kesihatan lalu memberikan cadangan untuk membuat perubahan kecil tetapi bermakna – contohnya, memilih makanan yang lebih sihat atau memperbaiki tabiat tidur. Samsung mahu pengguna sedar bahawa perubahan kecil mampu memberi kesan besar pada jangka hayat dan kesihatan jantung.

Jejak Perkara Penting Dengan Samsung Health Monitor

Galaxy Watch8 turut hadir dengan Samsung Health Monitor App, aplikasi yang membolehkan pengguna mengkalibrasi jam untuk mengukur tekanan darah dengan lebih tepat. Selain itu, bacaan ECG secara masa nyata membolehkan anda melihat rentak jantung dengan lebih jelas. Manakala fungsi IHRN (Irregular Heart Rhythm Notification) pula memberikan amaran awal sekiranya terdapat ketidakstabilan pada rentak jantung – sesuatu yang sangat berguna untuk mereka yang mahu ketenangan fikiran dalam menjaga kesihatan harian.

Antioxidant Index Pertama Di Dunia Kini Di Pergelangan Tangan

Buat pertama kali di dunia, Samsung memperkenalkan Antioxidant Index dalam jam tangan pintar. Dengan hanya lima saat, sensor BioActive dalam Galaxy Watch8 boleh mengukur tahap karotenoid dalam kulit – penanda yang menunjukkan sejauh mana pengambilan buah, sayur serta tahap antioksidan dalam tubuh. Memandangkan diet, tekanan, dan pendedahan cahaya UV adalah faktor utama penuaan, ciri ini memberikan pengguna peluang untuk membuat pilihan lebih bijak bagi menyokong proses penuaan sihat. Ia seakan memberi anda “cermin” kesihatan dari dalam tubuh yang sebelum ini hanya boleh diketahui melalui ujian makmal.

Samsung & Sunway Medical Centre Bersama Raikan World Heart Day

Bagi mengukuhkan komitmen mereka terhadap kesihatan jantung, Samsung bekerjasama dengan Sunway Medical Centre menerusi program World Heart Day: Don’t Miss a Beat. Acara ini akan berlangsung pada:

  • Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
  • Masa: 9 pagi – 1 petang
  • Lokasi: SunMed Convention Centre, Tingkat 4, Tower A, Sunway Medical Centre, Sunway City
  • Kemasukan: Percuma

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk saringan kesihatan percuma, perkongsian ilmu daripada pakar, bengkel penggunaan AED, booth kesejahteraan, cabutan bertuah dan banyak lagi. Inilah peluang untuk merasai sendiri kehebatan Galaxy Watch8 sambil mendapatkan ilmu kesihatan jantung terus daripada pakar.

Promosi Menarik Untuk Miliki Galaxy Watch8

Samsung turut menawarkan promosi eksklusif bagi mereka yang mahu memiliki Galaxy Watch8 atau Galaxy Watch Ultra. Antara tawaran menarik termasuk:

  • Trade-in dinaik taraf sehingga RM250
  • Diskaun sehingga 30% untuk tali jam tambahan
  • Adventure Box + Waterproof Pouch
  • Galaxy SmartTag2 bernilai RM149
  • Bateri mudah alih 10,000mAh bernilai RM159
  • Adapter PD 15W bernilai RM59

Bagi yang berminat, pembelian boleh dilakukan terus melalui laman rasmi Samsung Malaysia:

Apa Kata Budiey?

Budiey melihat Galaxy Watch8 ini bukan sekadar jam pintar yang penuh dengan fungsi biasa, tetapi lebih kepada “doktor mini” di pergelangan tangan. Ia memberi pengguna pengetahuan dan kesedaran mendalam tentang tubuh mereka, khususnya mengenai kesihatan jantung. Ciri Vascular Load dan Antioxidant Index jelas menunjukkan bahawa Samsung mahu menjadikan jam ini sebagai alat pencegahan – bukan hanya reaktif selepas sakit datang.

Dalam dunia moden yang penuh tekanan, jam tangan seperti Galaxy Watch8 menjadi alat sokongan hidup seharian yang sangat praktikal. Budiey percaya, jika lebih ramai masyarakat Malaysia sedar dan mengambil peluang menggunakan teknologi seperti ini, kita mampu mengurangkan risiko penyakit jantung yang kini menjadi pembunuh nombor satu di negara kita.

Jadi, bagi anda yang mahu gaya hidup lebih sihat, lebih bijak dalam membuat pilihan pemakanan, dan lebih sedar akan kesihatan dalaman, Galaxy Watch8 memang wajar dijadikan teman harian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rabbit Mac Gegar Dunia Dengan Single Watch Me Untuk Hollywood