in , ,

Galaxy AI Ubah Produktiviti Harian Dengan Cara Lebih Bijak & Pintar

Galaxy AI Jadi Rakan Pintar Yang Boleh Diandalkan Untuk Produktiviti Seharian

Dalam era moden yang penuh dengan tuntutan kerja, pelajaran, dan kehidupan sosial, ramai di antara kita kerap bergelut untuk kekal produktif tanpa tertekan. Realitinya, produktivitI sebenar bukan tentang kerja lebih lama, tetapi tentang kerja lebih bijak. Di sinilah hadirnya Samsung Galaxy AI – teknologi baharu yang bukan sekadar alat, tetapi seakan pembantu peribadi digital yang memahami keperluan harian kita.

Samsung tahu, telefon pintar hari ini bukan lagi sekadar tempat untuk membuat panggilan atau hantar mesej. Ia sudah jadi pusat kawalan hidup – tempat kita bekerja, belajar, bersosial, dan mencari hiburan. Jadi, Samsung membina Galaxy AIuntuk melangkaui fungsi asas dan menjadikannya teman pintar yang boleh membantu anda menyusun jadual, membuat keputusan, dan menyelesaikan tugasan dengan lebih mudah.

Transcript Assist: Hilangkan Tekanan Menyalin Nota Panjang

Budiey yakin ramai pembaca pernah rasa terbeban bila kena salin nota mesyuarat atau kuliah panjang. Kadang-kadang, kita lebih sibuk menulis daripada fokus pada isi perbincangan. Dengan Transcript Assist, masalah ini boleh dilupakan.

Bayangkan anda hanya tekan butang rekod, dan Galaxy AI akan tukar rakaman kepada transkrip lengkap, siap dengan ringkasan automatik. Tak cukup dengan itu, Galaxy AI boleh tambah cadangan peringatan dan jadual terus daripada isi perbualan anda. Jadi, kalau anda berbincang pasal deadline projek, AI akan terus jadikan ia sebagai reminder dalam kalendar anda.

Fungsi ini sangat penting untuk pelajar universiti, pekerja korporat, malah usahawan yang sering hadiri mesyuarat. Ia menjimatkan masa, mengurangkan stres, dan memastikan tak ada maklumat penting yang terlepas.

Note Assist: Tukar Nota Rawak Kepada Insight Bernilai

Ramai orang ada tabiat tulis nota panjang berjela – tapi bila nak rujuk balik, jadi keliru. Note Assist hadir sebagai penyelamat. Ciri ini boleh ringkaskan nota panjang kepada isi utama, malah boleh diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan diformat mengikut gaya yang diperlukan – sama ada untuk laporan kerja, ringkasan kuliah, atau content idea untuk kreatif.

Inilah bukti bahawa Galaxy AI bukan sekadar transkrip, tetapi juga penganalisis maklumat. Ia bukan hanya simpan data, tapi membantu kita faham dan guna data tersebut dengan lebih berkesan.

Now Brief: Rangkuman Harian Yang Bikin Hidup Lebih Teratur

Salah satu masalah besar pengguna telefon pintar adalah maklumat berlebihan – notifikasi tak henti-henti, reminder bertindan, dan kalendar yang penuh. Hasilnya, ramai jadi lebih stress daripada produktif. Now Brief ialah jawapan Samsung untuk isu ini.

Ia memberikan ringkasan peribadi setiap hari yang disesuaikan dengan jadual, lokasi, dan keutamaan anda. Contohnya, pagi-pagi lagi anda boleh lihat laporan cuaca, senarai mesyuarat, dan reminder penting tanpa perlu scroll seribu notifikasi.

“Now Brief memastikan anda fokus pada apa yang penting, bukan tenggelam dengan perkara remeh,” kata jurucakap Samsung.

Gemini Live: Dari Fesyen Harian Ke Nasihat Segera

Ini ciri yang Budiey rasa paling dekat dengan jiwa pengguna muda: Gemini Live. Masalah klasik setiap orang – “Esok nak pakai baju apa?” – kini boleh selesai dengan sekali imbas kamera.

Cukup halakan telefon ke arah almari, Galaxy AI akan bagi cadangan gaya, susun pakaian, dan cara jimatkan ruang simpanan. Malah, kalau tengah shopping online, anda boleh kongsi skrin dengan AI untuk dapat nasihat fesyen. Seolah-olah anda ada stylist peribadi 24/7 dalam poket.

Gemini Live membuktikan bahawa AI bukan sekadar untuk kerja serius, tetapi juga menceriakan kehidupan seharian.

Galaxy Z Fold7 & Z Flip7: AI Dalam Reka Bentuk Futuristik

Kesemua fungsi hebat ini jadi lebih sempurna bila digabungkan dengan peranti boleh lipat terbaru Samsung – Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7.

  • Galaxy Z Fold7 hadir dengan One UI 8 berasaskan Android 16, skrin besar, multitasking lebih lancar, dan pengalaman AI yang lebih mendalam. Skrin luas menjadikan transkrip, ringkasan nota, dan briefing harian lebih mudah dibaca serta diuruskan.
  • Galaxy Z Flip7 pula menonjol dengan FlexWindow yang membolehkan pengguna akses ciri seperti Now Brief dan Gemini Live hanya dengan sekali flip. Sesuai untuk mereka yang mahu gaya minimalis tapi tetap power.

Harga rasmi di Malaysia:

  • Galaxy Z Fold7 (12GB + 256GB) – RM7,799
  • Galaxy Z Flip7 – harga bergantung pada konfigurasi dan promosi semasa

Galaxy AI Di Malaysia: Lebih Daripada Sekadar Telefon Pintar

Dengan integrasi Galaxy AI, Samsung bukan hanya menjual telefon pintar – mereka sedang mencipta ekosistem hidup pintar. Dari pejabat ke bilik darjah, dari almari pakaian ke meja mesyuarat, Galaxy AI hadir untuk bantu kita buat keputusan dengan lebih pantas dan bijak.

Bagi Budiey, inilah kelebihan sebenar Samsung – mereka faham bahawa pengguna Malaysia hari ini mahu lebih daripada sekadar spesifikasi canggih. Mereka mahu teknologi yang boleh menyelesaikan masalah sebenar dan menjadikan hidup lebih mudah, lebih lancar, dan lebih teratur.

Apa Kata Budiey?

Budiey melihat Galaxy AI sebagai salah satu inovasi paling relevan untuk masyarakat moden. Samsung berjaya ubah paradigma produktiviti daripada kerja keras kepada kerja bijak.

Fungsi seperti Transcript Assist dan Note Assist memang ‘life saver’ untuk mereka yang sibuk, sementara Now Briefdan Gemini Live tambah sentuhan peribadi yang menjadikan AI lebih mesra manusia.

Cadangan Budiey, kalau anda seorang pelajar universiti, pekerja korporat, usahawan, atau malah influencer yang sentiasa kejar masa, Galaxy AI boleh jadi partner digital terbaik anda. Samsung jelas mahu memastikan telefon pintar bukan sekadar alat komunikasi, tetapi pembantu harian yang benar-benar faham gaya hidup pengguna.

Persoalannya sekarang: adakah anda sedia untuk biarkan Galaxy AI ambil alih sebahagian beban anda, dan hidup lebih chill tapi tetap produktif?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Drama Sinematik 3 Hajat Persembahan KRU Studios & Astro Shaw