in , ,

Galaxy AI Lindungi Privasi Anda Dengan Pilihan & Kawalan Lebih Selamat

Teknologi bergerak pantas, semakin hari semakin pintar. Kelahiran Galaxy AI adalah bukti bagaimana kecerdasan buatan kini menjadi sebahagian daripada hidup kita — membantu dari segi produktiviti, kreativiti, hingga komunikasi. Tapi dalam masa sama, ia membuka persoalan besar: sejauh mana data peribadi kita selamat bila AI semakin berkuasa?

Samsung nampaknya tidak berdiam diri. Mereka menekankan dua pendekatan utama: pertama, membina pengalaman Galaxy AI dengan perlindungan data terbina dari awal, dan kedua, menggunakan AI untuk menguatkan keselamatan serta privasi mudah alih. Fokus paling penting adalah membina AI yang mengendalikan data secara bertanggungjawab. Prinsipnya jelas: transparensi dan pilihan mesti sentiasa berada di tangan pengguna.

Pilihan Privasi Yang Lebih Pintar Dan Mudah Dikawal

Salah satu perkara yang Samsung titikberatkan adalah kebebasan memilih. Bila AI semakin masuk dalam rutin harian, pengguna pastinya mahu tahu bagaimana data mereka digunakan. Galaxy AI tampil dengan set perlindungan privasi yang menyeluruh, memastikan anda sentiasa dimaklumkan dan dilindungi semasa menggunakan AI.

Antara ciri paling menonjol ialah keupayaan AI beroperasi terus dalam peranti (on-device). Maksudnya, data anda kekal berada dalam telefon, tidak perlu dihantar ke pelayan luar. Contohnya, bila anda gunakan Live Translate atau Interpreter untuk berkomunikasi tanpa sempadan bahasa, atau aplikasi Audio Eraser untuk berkreativiti dalam suntingan, semua input anda kekal selamat dalam genggaman. Inilah kelebihan Galaxy AI: pantas, selamat, dan peribadi.

001_Your Privacy, Secured How Galaxy AI Empowers You to Take Control of Your Data_Newsbody(EN)

Namun, Samsung juga realistik. Ada fungsi kompleks yang memerlukan kuasa tambahan. Jadi mereka memperkenalkan pendekatan hibrid, gabungan AI dalam peranti dan berasaskan awan. Contoh terbaik ialah Generative Edit. Fungsi ini boleh beroperasi terus dalam telefon untuk suntingan biasa, tetapi jika anda mahu hasil suntingan lebih canggih, ia akan gunakan kuasa AI berasaskan awan. Perkara paling penting: data peribadi tidak pernah disimpan untuk jangka panjang atau digunakan untuk melatih AI. Dengan hanya satu butang melalui Advanced Intelligence Settings, anda boleh kawal sendiri cara data diproses, malah boleh pilih untuk matikan pemprosesan dalam talian bila perlu.

Kawalan Intuitif Yang Memberi Penglihatan Menyeluruh

Selain teknologi AI, Samsung juga faham bahawa pengguna perlukan kawalan yang mudah difahami. Di sinilah hadirnya Security and Privacy Dashboard. Segala urusan privasi boleh diakses dari satu tempat — sama ada nak semak izin aplikasi, kawalan perkongsian data, atau mengenal pasti risiko melalui ikon status keselamatan yang jelas. Malah, dengan fungsi Permission Usage, anda boleh tahu aplikasi mana yang baru-baru ini mengakses data anda. Inilah yang membezakan Galaxy: transparensi di hujung jari.

Fungsi lain yang tak kurang pentingnya ialah Auto Blocker. Ia bertindak sebagai pengawal keselamatan, melindungi peranti daripada malware, pemasangan aplikasi tanpa kebenaran, serangan zero-click melalui mesej, serta aktiviti berbahaya lain. Untuk pengguna yang mahukan perlindungan ekstra, terdapat juga Maximum Restrictions. Antara fungsinya ialah menyekat rangkaian 2G yang mudah diceroboh dan menghalang sambungan automatik ke Wi-Fi yang tidak selamat.

Dengan sokongan Samsung Knox, ditambah pula dengan kawalan privasi yang mesra pengguna, anda benar-benar boleh tentukan bagaimana data anda diurus. Tiada lagi rasa ragu atau kabur — semuanya jelas dan dalam kawalan anda.

Samsung Kekal Komited Terhadap Privasi Masa Depan

Samsung tidak berhenti setakat ini. Mereka berjanji akan terus mempertingkat teknologi AI-powered security supaya lebih bijak, adaptif, dan seamless. Dunia digital bergerak pantas, dan Samsung mahu pastikan privasi kekal sebagai tunjang utama walaupun teknologi berkembang. Sama ada sekarang atau pada masa depan, mereka mahu pengguna yakin bahawa transparensi dan pilihan sentiasa menjadi asas pengalaman Galaxy.

Untuk mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana Galaxy AI melindungi data, anda boleh lawati laman rasmi Samsung di: Samsung Galaxy AI.

Apa Kata Budiey?

Budiey rasa Samsung ambil langkah yang sangat berani dan bijak. Dalam dunia di mana data dianggap emas, kepercayaan pengguna adalah kunci. Dengan ciri seperti on-device AIAuto Blocker, dan dashboard privasi yang mudah difahami, Samsung sebenarnya sedang menetapkan standard baharu untuk industri.

Cadangan Budiey? Kalau Samsung nak lebih ‘wow’, mereka boleh cuba beri lebih banyak personalisasi pada tetapan privasi. Contohnya, notifikasi real-time bila ada aplikasi cuba akses data sensitif. Itu akan buat pengguna rasa lebih empowered. Apa pun, usaha Samsung ini memang patut diberi pujian kerana ia bukan sekadar jual teknologi, tapi juga menjaga keselamatan dan ketenangan hati pengguna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Borneo Fashion Week 2025 Angkat Identiti Budaya Ke Pentas Dunia