in , , ,

Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI

Bermula dengan perkenalan di platform Instagram (Direct Message) setahun yang lalu, penyanyi Ryan Deedat bergabung kembali bersama komposer muda Heil Nuan dan rapper Killa Driz menghasilkan lagu terbaru KENE SIDAI khusus buat semua.

Perkataan KENE SIDAI itu merupakan slanga yang selalu digunakan oleh anak muda menggambarkan perasaan tidak puas hati akibat terpaksa menunggu terlalu lama. Menunggu dan terus menunggu bagaikan sudah menjadi kebiasaan apabila janji tidak ditepati.

Maka, lirik lagu ini terinpirasi dari situasi begini dan sangat ‘relatable’ dengan masyarakat kita selain menunjukkan betapa pentingnya kita perlu menghargai dan menepati masa.

Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI

Menurut Ryan Deedat, perkataan KENE SIDAI amat sinonim dengan pengikut Instagram miliknya memandangkan frasa berkenaan sering dijadikan topik utama.

“Saya aktif berinteraksi bersama penghikut saya setiap malam menerusi IG LIVE sejak empat bulan yang lalu. Bermula dari gurauan ‘Ryan sidai’ dan menggelar pengikut saya sebagai ‘geng sidai’ maka terhasil program bual bicara bersama tetamu undangan dalam ‘SIDAI TALK’ dan mengumpul peminat saya melalui akaun @gengsidaiofficial di platform yang sama’.

“Banyak yang kami bincangkan dan respons yang diterima begitu baik. Apabila terhasilnya lagu KENE SIDAI, saya gembira dengan maklum balas yang terima. Mungkin juga sebab tema yang diketengahkan dekat dengan semua,” kata Ryan lagi.

Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI

KENE SIDAI merupakan hasil ciptaan Adam Armin, Yusuff Khan dan Heil Nuan. Manakala lirik pula ditulis oleh Heil Nuan, Ryan Deedat, Killa Driz dan Adam Armin.

Dalam pada itu Heil Nuan pula gembira apabila dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang memang sudah lama aktif dalam bidang penciptaan lagu. Baginya ini merupakan peluang terbaik untuknya menyumbangkan sesuatu dalam karya ini.

“Sudah tentu saya gembira apabila Ryan sendiri nampak bakat yang ada dalam diri saya dan sudi berkoloberasi menghasilkan karya. Untuk orang baru, peluang sebegini amat saya hargai,” katanya ringkas.

Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI

Heil Nuan bintang termuda yang baru berusia 19 tahun yang kini sedang menuntut dalam jurusan Audio Engineering. Kebanyakan lagu-lagu ciptaannya diletakkan di dalam YouTube sahaja.

Bakatnya dikesan oleh Ryan Deedat dan lantas menghubunginya untuk bertemu dan bekerjasama dan kini dia tampil sebagai penyanyi dalam lagu ini.

Penglibatan rapper Killa Driz memberi impak yang tersendiri dalam lagu. Killa Driz yang baru sahaja melancarkan lagu Siapa Tahu turut memberikan idea dan patah perkataan yang sesuai untuk dijadikan lirik yang sedap didengari.

Kolaborasi bersama Ryan Deedat bagaikan perjumpaan semula kerana mereka sudah bersahabat sejak 15 tahun yang lalu dan saling mengikuti perkembangan karier muzik di antara satu sama lain.

“Isi utamanya dekat dengan semua yang berkisarkan tentang masa. Saya harap lagu ini akan diterima baik dan disukai oleh mereka,” kata Killa Driz pula.

**KENE SIDAI dilancarkan secara rasmi pada 2 April 2021 di semua platform digital. Muzik video pula boleh ditonton melalui Youtube INDIGITAL MUSIC.

Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI
Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI
Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI
Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI
Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI
Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI
Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI
Gabungan Pertama Ryan Deedat, Killa Driz & Heil Nuan, Menghasilkan KENE SIDAI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Sandal ‘Muslim Friendly’, Ustazah Asma Harun Bersuara

Shaheizy Sam Kembali Jatuh Cinta Dengan ‘Kekasih Lama’ Semula