in , ,

Gabungan Faizal Tahir & Ezra Kong Hasilkan SANTAI, Liriknya Menjentik Jiwa

Benar kata Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, lagu dan irama tidak dapat dipisahkan. Begitu juga dengan kehidupan yang mana tidak pernah sunyi daripada sebarang masalah. Apa yang pasti, setiap yang berlaku itu ada punca di sebaliknya. Tinggal lagi bagaimana cara untuk menangani.

Cuba mengadaptasi daripada apa yang terjadi dari segenap aspek kehidupan hari ini, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir sekali lagi ‘bersuara’ menerusi mesej dan nasihat berguna dalam single terbaharu berjudul Santai yang diterbitkan oleh Faithful Music.

Mengingatkan kembali kepada lagu Ragaman yang sarat dengan ‘teguran’ dalam kehidupan berumah tangga antara suami isteri, penghasilan lagu Santai sebuah lagi karya Faizal Tahir bersama Ezra Kong yang pastinya mampu menjentik hati setiap pendengar.

Menurut Faizal, 44, atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, idea menghasilkan lagu itu hadir secara spontan.

“Idea ini datang secara spontan bersama Ezra Kong sewaktu dia menyebut perkataan santai dalam satu sesi menulis lagu.

Idea lirik dan hala tuju lagu secara keseluruhannya adalah berdasarkan sikap kita yang sentiasa tergesa-gesa atau terburu-buru dalam membuat atau mendapatkan sesuatu. Malah, sikap tergesa-gesa manusia ini sudah disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran,”

– FAIZAL TAHIR

Sama seperti kebanyakan lagu yang pernah dihasilkan, Faizal tidak hanya memberi fokus kepada komposisi lagu berkenaan, malah mengutamakan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. 

“Kelebihan lagu Santai ini adalah dalam mesej dan cara penyampaiannya. Lagu ini membawa getaran yang sangat santai dan mudah dihadam berbagai lapisan masyarakat,” katanya.

– Faizal Tahir

Menurut Faizal, kebanyakan lagu yang dihasilkan sejak kebelakangan ini membawa mesej yang dekat dengan kehidupan seharian atau kritikan sosial. 

Bagi Faizal, ini cara terbaik dalam memberi kesedaran dan nasihat buat diri sendiri seterusnya orang ramai.

“Kita lebih mudah memahami dan menghadam perkara yang lebih dekat dengan kita. Setiap nasihat atau teguran dalam karya saya adalah untuk diri saya sendiri terlebih dahulu. 

“Saya harus memahami dan mampu menghadam mesej dari karya saya terlebih dahulu. Itu yang paling penting. Sekiranya pendengar mendapat manfaat dari menghayati karya saya, maka ia satu bonus untuk saya,”

– Faizal Tahir
Selepas Ragaman, Faizal Tahir Hasilkan Santai, Pumya Mesej Menjentik Jiwa

Berkongsi lanjut mengenai lagu Santai, Faizal kembali bekerjasama dengan Ezra Kong selepas kali terakhir melalui lagu Malaysia (2018) & Kamu (2019).

“Bekerjasama dengan Ezra Kong adalah peluang yang memang sudah lama saya tunggu memandangkan Ezra dan saya masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Dia tahu apa yang dia mahu dan apa yang perlu untuk mendapatkan yang terbaik daripada penyanyi. Memang saya cari peluang untuk bekerja dengan yang terbaik,”

– Faizal Tahir

Dalam masa sama, lagu Santai yang siap dirakam pada Mei lalu bukanlah kesinambungan daripada lagu Ragaman biarpun lirik berunsurkan nasihat.

“Lagu Santai bukanlah satu kesinambungan kepada karya Ragaman. Mesej Ragaman lebih ‘direct’ dan ‘straightforward’ mengenai ragam kehidupan suami isteri. Sementara lirik lagu Santai lebih berkias dan boleh digunapakai dalam apa sahaja situasi kehidupan harian kita,”

– Faizal Tahir
Selepas Ragaman, Faizal Tahir Hasilkan Santai, Pumya Mesej Menjentik Jiwa

Sementara itu, Ezra yang turut bertindak selaku penerbit lagu Santai ini berkata, ia karya yang cukup dekat dalam kehidupan seharian.

Malah, Ezra melihat mesej yang cuba disampaikan dalam lagu Santai ini perlu dijadikan iktibar sekali gus mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

“Lumrah kehidupan masa kini membuatkan kita menjadi semakin serakah dan terdesak untuk memperoleh kekayaan dunia dalam waktu yang paling singkat.

Sebenarnya, wang ringgit, harta, pangkat, kereta mewah, berpoligami hanyalah selingan sementara daripada kesengsaraan dan realiti yang perlu dihadapi setiap insan. 

“Sebab itu dalam lagu ini, Faizal menyeru agar kita selalu santai dan tidak bertindak secara terburu-buru. Kuda yang tua memanglah tak laju seperti dulu, namun tetap ‘steady’ dan padu,”

– Faizal Tahir

Lagu ini boleh didengari di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan  Joox manakala muzik video rasmi pula boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir.

Pautan muzik video: KLIK SINI

Selepas Ragaman, Faizal Tahir Hasilkan Santai, Pumya Mesej Menjentik Jiwa

LIRIK LAGU SANTAI

Penyanyi: Faizal Tahir

Komposer / Lirik: Faizal Tahir dan Ezra Kong

Terbitan / Rakaman: Ezra Kong

Susunan / Adunan: Ezra Kong

Guitar: Faizal Tahir

Drums: Ezra Kong

VERSE

Hidup ini semua nak cepat

Siapa yang suka lambat-lambat

Bercinta biar sampai dapat

Tapi mesti pilihan tepat

Cepat kaya, cepat cantik, cepat kurus, cepat putih

Yang gelap nak putih yang putih nak gelap

Manusia takkan pernah puas

Kadang macam binatang buas

Sedang lautan sangat luas

Tak payah takut terlepas

Wang ringgit, harta pangkat, kereta mewah, bini empat

InsyaAllah tak mengaburi mataku

PRECHO

Kau yang terindah di mataku

Kau yang menawan di hatiku

Janganlah resah jangan terburu-buru

CHORUS

Santai-santailah sayangku

Pergi mana laju laju

Ini bukan kereta baru

Asalkan aku dengan mu

Santai-santailah sayangku

Ikut aku usah ragu

Kuda tua mungkin tak laju

Masih steady masih padu

VERSE 2

Bisik syaitan di telingamu

Kan buat kau terburu-buru

Buat saja jangan fikir panjang

Buat dulu sesal kemudian

Kemudian, kemudian, kemudian…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Morotai

MOROTAI Jenama Pakaian Sukan Jerman Dilancarkan di Malaysia

Caprice | 17

Havoc Teruk! Caprice Mohon Maaf, Penyebab Kesesakan Jalan Raya