in , ,

Fuad Ko Lancar Single Pertama Berjudul TANPA KEKASIH

Universal Music telah melancarkan sebuah lagu baharu berjudul Tanpa Kekasih nyanyian artis solo, Fuad Ko. Lagu berjudul Tanpa Kekasih ini merupakan ciptaan komposer Wan Salleh dan Fuad Ko sendiri manakala lirik ditulis oleh ITO Lara.

Mempertaruhkan lagu Tanpa Kekasih sebagai single pertama, Fuad Ko nyata teruja menantikan respon para pendengar terhadap lagu tersebut. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak di usia 6 tahun lagi. Berkemahiran bermain alat muzik terutama gitar, Fuad aktif merakamkan lagu-lagu ‘cover version’ di laman media sosial.

Nama Fuad bukanlah asing dalam industri hiburan Malaysia. Sebelum ini Fuad aktif dibelakang tabir sebagai penyanyi latar dalam persembahan artis popular Malaysia.

Fuad Ko Lancar Single Pertama Berjudul Tanpa Kekasih

Fuad pernah berkongsi pentas dengan artis terkemuka tanahair seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Jamal Abdillah dan Amy Search untuk persembahan teater muzikal di Istana Budaya sebagai koordinator vokal dan penyanyi latar.

Beliau juga pernah terlibat sebagai penyanyi latar dan gitaris untuk konsert artis antarabangsa, Maher Zain dan menjadi koir koordinator sewaktu konsert Opick di Malaysia.

Kepakaran Fuad dalam susunan vokal turut mendapat perhatian kumpulan nasyid popular Inteam yang menggunakan khidmat Fuad sebagai koordinator vokal sewaktu program Gema Gegar Vaganza musim kedua.

Selain aktif merakamkan lagu ‘cover version’ di laman Instagram dan Youtube, Fuad juga aktif terlibat dalam penerbitan lagu untuk penyanyi tersohor antaranya Erra Fazira, Liza Hanim, Nazrey Johani dan artis baru, Asad Motawh.

Lagu Tanpa Kekasih boleh diakses di semua platform digital penstriman muzik seperti Apple Music, Spotify, Joox, Youtube Music bermula 2.10.2020.

Instagram Fuad Ko: @fuad_ko

Facebook Fuad Ko: Fuad Ko

Fuad Ko Lancar Single Pertama Berjudul Tanpa Kekasih

Lirik Lagu TANPA KEKASIH

Akulah yang berenang di laut aksara

Dengan penuh harap tuk bertemu angka

Seperti daun luruh dek terpaan angin

Jatuh dan menimpa bayangku sendiri

Berkelana menyendiri dan mencari tempat sunyi

Agar kutemui diri dalam sufi

(Chorus)
Diri tanpa kekasih Puisi tanpa kata Kalimah tanpa jeda Patah ranting jiwa

Diri tanpa kekasih
Lagu tanpa nada
Syair tak berirama Sumbang nyanyi sukma

Setiap mimpi indah tiada ertinya

Hanya sia-sia tak berbekas sirna

Aku pun terkadang lupa

Aku ada untuk apa
Ku tercipta pula untuk siapa

Ulang chorus

Oh, kekasih,
Kau melengkapi Tiap kekurangan ini.

—————————————————————————–

Judul Lagu Penyanyi Komposer Penulis Lirik Penerbit

: Tanpa Kekasih
: Fuad Ko
: Wan Salleh & Fuad Ko
: ITO Lara
: Universal Music, Masyur dan Wahyu Suci

PROFIL FUAD KO

Nama Penuh: Fuad Bin Zabidi Nama komersil: Fuad Ko
Tempat Kelahiran: Kuala Lumpur Anak Ke-4 dari 4 adik beradik

Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju
Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Pengalaman
Choir Coordinator for Opick Live in Concert 2015
Guitarist for Maher Zain Media Tour 2018
Backing Vocalist for Maher Zain World Tour 2019
Cultural Exchange Performer representing Malaysia in Canada, Dubai, USA and Turkey (2015- 2018)
Vocal coordinator and backup vocalist for musical theater at Istana Budaya for Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Jamal Abdillah and Amy Search
Vocal coordinator and vocal coach for Inteam in Gema Gegar Vaganza
Actively consulting vocal for stage performances

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eyelar | 23

Eyelar Releases New Single ‘SAY IT WITH YOUR EYES

Zamani Syawal Ini | 24

Zamani Belum Bersedia Guna Kaedah IVF untuk Timang Anak