in , ,

Foto Sekitar Konser Agnes Monica di Stadium Negara

Saya tertanya-tanya, mengapa penyanyi dari Indonesia selalunya mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Malaysia? Artis kita tidak siapa yang mahu jadi penaja barangkali.

Tahun ini, memamg boleh dibilang dengan jari. Kalau ada pun, cuma untuk showcase yang kecil-kecil di Planet Hollywood dan dipertunjukkan acara di Dataran Merdeka sahaja. Orang kita masih mengagungkan penyanyi dari Seberang.

Memang saya akui lagu-lagu dari Indonesia memang sedap. Saya pun selalu layan juga lagu Titi DJ, Rossa, Kris Dayanti, Samson, Peterpan, Letto dan Melly Goeslow.

Tapi kerana terlampau memberi peluang sangat tak boleh juga sehingga meminggirkan penyanyi tempatan. Saya setuju dengan kata-kata luahan perasaan penyanyi dangdut yang berduet dengan juara Gangstarz, The Lima.

Kata Mas Idayu di Melodi TV3, Cam ni lah orang kita terlalu bagi muka sangat dengan artis dari sana. Bukak radio, lagu dari sana juga yang kita dengar. Ini lah dia… Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan!

Gerai makanan dan minum juga dibuka.

Di pintu depan Stadium Negara

Kita duduk dulu…

Penonton di kerusi VIP

Penonton yang sedang menunggu.

Antara VVIP yang datang terdiri daripada orang kenamaan dari kedutaan Indonesia.

Dan akhir sekali… dah jadi lumrah dan kebiasaan apabila kita dapat tengok aksi angkat mengangkat, julang menjulang… setakat tu tak pe lah lagi. Tapi kalau setakat bergaduh depan pentas, buat kecoh dan huru hara, itu dah melampau. 

Sampai pintu stadium pun boleh dirempuhnya… Mmm… sendiri mahu ingat la. Nampaknya, untuk konsert dari Indonesia di masa akan datang, kawalan keselamatan perlu lebih ditekankan lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik PADAMKAN RAGU, Sebuah Lagu Runut Filem DIVA Ciptaan Loloq

Maria Sharapova Menggayakan Fesyen Ala Marilyn Monroe di Perlawanan Tennis