in , ,

Forum Perdana & Dokumentari Sempena Majlis Tilawah Al-Quran

Bersempena dengan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1443H/2022M (MTHQK) yang bakal berlangsung sepanjang 12 hingga 17 Jun 2022 di Negeri Johor, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dua buah program khas menerusi saluran TV1.

Dua program terbitan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) tersebut ialah Forum Perdana Ehwal Islam Khas pada 9 Jun ini, 9.00 hingga 10.00 malam diikuti program dokumentari khas bertajuk “Menjelang MTHQK 2022” yang menemui penonton pada 12 Jun depan, pukul 6.30 petang. Kedua-duanya disiarkan menerusi saluran TV1.

Sebagai sebahagian dari program penganjuran MTHQK pada kali ini, Forum Perdana Ehwal Islam Khas dengan tajuk “Kalam Yang Satu” akan dibarisi panel-panel mantap seperti YBhg Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, REKTOR/ Ketua Eksekutif Kolej Universiti Islam Selangor, Ybrs. Tuan Haji Mohd Nasri bin Rahman, Kadi Daerah Batu Pahat dan Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman Johan Qariah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2009 (Personaliti Undangan). 

Forum Perdana Ehwal Islam &Amp; Dokumentari Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan

Menariknya pemilihan konsep townhall versi santai dan mesra antara panel dan penonton ini memfokuskan kepada Generasi Muda Al-Quran sebagai pewaris masa hadapan negara serta kepentingan Al-Quran sebagai panduan hidup dalam memupuk rasa cinta terhadap Allah dan Rasulnya.

Sementara itu dokumentari khas “Menjelang MTHQK 2022” akan memaparkan latar belakang persiapan sambutan Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2022 yang akan berlangsung pada 12 hingga 17 Jun ini di Negeri Johor. 

Pada masa sama program ini turut berkongsi momen-momen persiapan urus setia dalam melaksanakan majlis tersebut dan harapan mereka untuk program ini selepas tertunda akibat pandemik.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Featured 3 | 23

Jom Kita Tengok Senarai Carian Teratas Di Malaysia Untuk Bulan Mei 2022

Aina Abdul Covier | 24

Gaya Biarawati Gereja, Aina Abdul Mohon Maaf, Bukan Niat Memuja