in , ,

Forum Festival Orkestra Kuala Lumpur Pacu Perkongsian Seni Orkestra Serantau

Satu Acara Bermakna Yang Menyatukan Penggiat Orkestra Serantau Demi Masa Depan Seni Muzik Lebih Inklusif Dan Lestari

Mayor’s Courtyard menjadi saksi kepada satu detik bermakna dalam dunia seni apabila Forum Festival Orkestra Kuala Lumpur berjaya menghimpunkan pasukan orkestra dari pelbagai negara dalam satu acara berimpak besar yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Acara ini bukan sekadar forum biasa, tetapi menjadi platform utama membuka tirai kepada Festival Orkestra Kuala Lumpur yang bakal berlangsung sepanjang bulan Jun. Ia menjadi medan pertemuan minda dan suara dari pelbagai negara untuk bertukar idea, memperkukuh kerjasama, dan merencana masa depan seni orkestra yang lebih inklusif dan lestari.

Forum Festival Orkestra Kuala Lumpur Pacu Perkongsian Seni Orkestra Serantau

Forum Jadi Titik Tolak Ke Arah Masa Depan Seni Muzik Yang Lebih Terbuka

Dengan mengangkat tema Inklusif dan Lestari, forum ini tidak sekadar berbincang tentang hal muzik semata-mata, tetapi turut mengangkat persoalan besar seperti bagaimana seni orkestra boleh menjadi pemacu kepada pemerkasaan budayaketerlibatan masyarakat, dan pengukuhan ekonomi kreatif.

Forum ini membincangkan alternatif baharu dalam membina ekosistem seni orkestra yang tidak terputus daripada akar budaya dan nilai komuniti. Ia membuka ruang kepada perbincangan terbukadialog dua hala, dan yang lebih penting, interaksi rentas sempadan antara para peserta tempatan dan antarabangsa.

Forum Festival Orkestra Kuala Lumpur Pacu Perkongsian Seni Orkestra Serantau

Peranan Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN Dimanfaatkan Sepenuhnya

Pemilihan Kuala Lumpur sebagai lokasi forum ini juga amat bertepatan kerana pada tahun ini, Malaysia memegang peranan sebagai Pengerusi ASEAN. Maka forum ini turut berperanan sebagai wadah diplomasi budaya serantau, menjadikan Kuala Lumpur pusat penting dalam merencana kerjasama dan dasar-dasar kebudayaan antara negara-negara Asia Tenggara.

Antara yang turut terlibat dalam forum ini adalah tokoh-tokoh penting dalam bidang muzik orkestra serantau, termasuk:

  • Isabela Pek – Ketua Muzik DBKL
  • Masaki Mochizuki – Pengarah Eksekutif Persatuan Orkestra Simfoni Jepun
  • Jiang Taihang – Pengulas Muzik Orkestra Beijing China
  • Boonyarit Kittaweepitak – Pengarah Bangkok Metropolitan Brass Band

Tidak ketinggalan, wakil daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi seni serta pemain industri muzik dan orkestra dari seluruh Asia Tenggara turut menyumbang kepada diskusi dan pertukaran ilmu sepanjang dua hari forum ini berlangsung.

Perkongsian Ilmu Dan Pengalaman: MPO Jadi Tumpuan

Antara detik penting dalam forum ini ialah perkongsian pengalaman daripada wakil Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO), iaitu Fadilah Kamal Francis. Beliau menyifatkan forum ini sebagai satu langkah penting dalam merapatkan hubungan serta mengangkat kredibiliti orkestra Malaysia ke peringkat global.

Kami dijemput untuk berkongsi pengalaman serta pelan jangka panjang MPO bersama dengan pasukan orkestra yang lain. Acara sebegini sebenarnya bagus untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada semua penggiat seni khususnya dalam bidang orkestra. MPO sebagai pasukan orkestra profesional bertanggungjawab untuk berkongsi pengetahuan selama 27 tahun kami di dalam industri ini.

Kita juga dapat berkongsi idea yang dapat menunjukkan kepada dunia bahawa kita juga mempunyai pasukan orkestra yang bagus dan bertaraf dunia sama seperti mereka,” katanya penuh semangat.

Perkongsian seperti ini memberi gambaran jelas tentang peranan penting MPO sebagai pemacu kepada pembangunan seni muzik tanah air dan contoh kepada kumpulan-kumpulan baharu.

Forum Festival Orkestra Kuala Lumpur Pacu Perkongsian Seni Orkestra Serantau

Festival Orkestra Kuala Lumpur Tarik Penyertaan Tempatan Dan Antarabangsa

Festival Orkestra Kuala Lumpur yang berlangsung sepanjang bulan Jun bukan sekadar persembahan biasa. Ia akan mempersembahkan barisan orkestra dari dalam dan luar negara termasuk kumpulan muzik beliapasukan tradisional, dan pelbagai jenis orkestra yang akan mewarnai seluruh kota.

Ia merupakan inisiatif yang cukup bermakna dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat seni yang inklusif, bukan sahaja bagi pencinta muzik, tetapi juga kepada komuniti yang ingin mendekati dan memahami dunia orkestra dengan lebih dekat.

Apa Kata Budiey?

Forum ini bukan sekadar program elit untuk golongan muzik, tetapi satu langkah strategik untuk membawa seni orkestra lebih dekat kepada masyarakat. Ia membuka ruang kepada pemikiran baharu tentang bagaimana seni boleh digabungkan dengan aspek budaya, ekonomi dan komuniti, menjadikan ia satu instrumen pembangunan negara yang lebih holistik.

Budi melihat acara seperti ini seharusnya dijadikan acara tahunan. Ia bukan sahaja menjulang bakat tempatan ke persada antarabangsa, tetapi turut membantu dalam mengangkat imej Malaysia sebagai hab seni serantau. Dengan penyertaan tokoh antarabangsa dan keterlibatan pemain tempatan, forum ini membuktikan bahawa seni muzik bukan hanya tentang bunyi, tetapi tentang perhubungan, pemahaman dan masa depan bersama.

Semoga usaha DBKL ini menjadi permulaan kepada lebih banyak inisiatif serupa yang mampu mencipta gelombang baru dalam seni budaya negara dan mengangkat Kuala Lumpur sebagai kota budaya yang dinamik dan dihormati.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single ‘Basstamam’ Jadi Lagu Debut Syed Iqbal Kini Jadi Trend di Sosial Media