in ,

Force of Nature Just Like Heaven di TV2

FILEM-FILEM KOMEDI HEBAT SETIAP RABU, JAM 10.00 MALAM DI TV2

Sepanjang bulan Mac 2011 ini, penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi stesen Dunia Ria, TV2 berpeluang berhibur dan bergelak ketawa dengan rangkaian lima filem komedi hebat berturut-turut yang disiarkan khas untuk penonton setia salurannya.

Tema komedi menjadi pilihan RTM kerana ia dapat merehatkan fikiran apatahlagi filem-filem ini menampilkan filem yang dijayakan watak utamanya oleh pelakon barat terkenal dengan watak humornya. Di samping itu, plot ceritanya yang melucukan dan menghiburkan selain mampu menenangkan fikiran semua hanya dengan menonton filem.

filem Last Holiday

Bermula dengan filem Madea’s Family Reunion (2 Mac 2011) dan menyusul kemudiannya Force of Nature (9 Mac 2011), Just Like Heaven (16 Mac 2011), Last Holiday (23 Mac 2011) sebelum diakhiri dengan filem Win A Date With Tad Hamilton (30 Mac 2011), setiap Rabu, jam 10.00 malam di TV2.

just-like-heaven

Madea’s Family Reunion berkongsi kisah mencuit hati berlaku semasa merancang pertemuan semula keluarganya, seorang nenek ‘pembungkus senapang’ (Tyler Perry) mesti bersedia dengan pelbagai drama dalam persekitaran kehidupannya. Ia termasuklah seorang pelarian yang ditinggalkan di bawah jagaannya dan anak-anak buah perempuannya yang suka mencetuskan masalah. Filem hebat ini menyaksikan kemunculan pelakon hebat Tyler Perry bergandingan dengan Blair Underwood dan Lyn Witfield.

Force of Nature lakonan hebat gandingan aktor dan aktres terkenal Ben Afflack dan Sandra Bullock pula mengisahkan watak Ben Holmes sedang berusaha ke Savannah untuk majlis perkahwinannya. Ben berjaya menaiki pesawat terakhir, namun seekor burung camar terbang dan terlanggar enjin pesawat itu. Semua penerbangan seterusnya dibatalkan kerana ada taufan yang akan melanda. Oleh itu Ben terpaksa menumpang kereta orang yang baru dikenalinya bernama Victor dengan seorang wanita yang pelik bernama Sara. Lalu apakah yang terjadi seterusnya sepanjang perjalanan itu?

Seterusnya menerusi Just Like Heaven, teruskan gelak ketawa dengan kisah Dr. Elizabeth Masterson seorang yang kuat bekerja. Namun suatu hari dia telah terbabit dengan kemalangan jalan raya selepas 26 jam bertugas di sebuah hospital. Tiga bulan kemudian, David Abbott seorang arkitek lanskap yang mulai pulih daripada kesedihan selepas kehilangan isterinya, menyewa pangsapuri Elizabeth di Sans Francisco. Semasa menyewa di pangsapuri tersebut, roh Elizabeth sering datang. Kebetulan hanya David yang mampu melihatnya malah selalu berselisih pendapat dengannya. Kemudian tanpa diduga mereka jatuh cinta antara satu sama lain. David cuba untuk mencari siapa Elizabeth dan dia terkejut dengan apa yang ditemuinya.

Filem menggabungkan unsur romantik ini menyaksikan lakonan berkesan Reese Witherspoon, Mark Ruffalo dan Donal Logue.

Kemudiannya berhibur pula dengan filem Last Holiday lakonan Queen Latifah, LL Cool J, Timothy Hutton, Giancarlo Esposito, Alicia Witt dan Gérard Depardieu yang mengisahkan jangka hayat Georgia Byrd hanya tinggal 3 minggu sahaja kerana dia mengidap penyakit ketumbuhan dalam otak. Sebelum tiba hari kematiannya, dia telah berhenti kerja dan bercuti di Presedential Suite. Dia menjalani kehidupan yang serba mewah sehingga menjadi perhatian ramai individu berkedudukan.

Namun apakah yang akan terjadi apabila mengetahui bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang penyakit?
Gabungan kisah cinta tiga segi dan hasrat gadis menjadi cinta sebenar kemudiannya menjadi latar filem Win A Date With Tad Hamilton lakonan Kate Bosworth, Topher Grace, Josh Duhamel, Nathan Lane, Sean Hayes dan Gary Cole.

Ia mengisahkan seorang gadis bernama Rosalee, berjaya memenangi peraduan ‘Keluar Bersama Tad Hamilton’, seorang selebriti lelaki Hollywood yang agak nakal dan menjadi dambaan remaja perempuan termasuk Rosalee sendiri.

Apabila Tad Hamilton berjumpa Rosalee, Tad tanpa diduga telah jatuh cinta kepadanya. Begitu pun konflik terjadi antara mereka apabila kawan baik Rosalee iaitu Pete Monash pula berterus-terang bahawa dia menyintai kawan baiknya itu. Di situlah Rosalee mula terperangkap dengan cinta tiga segi.

WIN DATE WITH TAD HAMILTHON2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Samsung GALAXY Ace

Yana Samsudin Jadi Wanita Mualaf dalam Nurin Qistina